JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN PERHIMPUNAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1440H/2018M PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Cetak
PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT ISLAM, UMS
SUBJEK: JEMPUTAN KE MAJLIS PERARAKAN DAN PERHIMPUNAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1440H/2018M PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/Encik/Cik
 
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan sambutan tersebut di atas pada ketetapan berikut:
 
Tarikh              : 30 November 2018 (Jumaat)
Masa                : 7.15 Pagi
Tempat            : Dewan Canselor ke Masjid UMS
 
Sehubungan itu, bagi pihak jawatankuasa dengan sukacitanya menjemput YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/Encik/ Cik dan seluruh kakitangan dan pelajar di bawah seliaan YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/Encik/ Cik ke Majlis tersebut. Bersama dengan ini disertakan atur cara majlis untuk rujukan  YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/Encik/Cik.
 
Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/Encik/ Cik. dalam perkara ini terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
 
Sekian