PENGUMUMAN DARIPADA : FAKULTI KOMPUTERAN DAN INFORMATIK
SUBJEK : PERLANJUTAN PROMOSI PERKHIDMATAN PEMULIHAN DATA DAN SANITASI DATA DI CSC UMS
Sukacita dimaklumkan bahawa MyCyberSecurity Clinic (MyCSC@UMS), dibawah pengurusan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) akan mula beroperasi sepenuhnya pada bulan 15 Mac 2019 dengan menyediakan Perkhidmatan Pemulihan Data dan Sanitasi Data kepada semua warga universiti, jabatan/agensi kerajaan dan persendirian dan orang awam dengan bayaran yang munasabah.
Sempena pembukaan Klinik Siber yang pertama di Borneo dan di universiti awam Malaysia ini, satu promosi “Pre-Launch” akan diadakan dimana perkhidmatan Pemulihan Data cakera keras (Hard disc) dan sticks memori (Thumb drive) secara PERCUMA akan diberikan kepada semua warga UMS sebelum proses pemulihan data dijalankan.
