PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN
SUBJEK: MAKLUMAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI KAMPUS INDUK, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
PEGAWAI DIHUBUNGI: EN. MOHD ARI NAZRUL BIN ABDUL RAHMAN, TIMB KETUA JURUTERA KANAN, JPP. TALIAN EXT: 8989
Dimaklumkan kepada semua warga UMS bahawa terdapat ganguan bekalan sumber air untuk seluruh Kampus Induk Kota Kinabalu sejak kelmarin sehinggalah hari ini. Pemeriksaan & pemantauan pihak JPP sepanjang awal pagi ini mendapati, air yang dibekalkan oleh pihak Jabatan Bekalan Air Negeri Sabah (JANS) sangat minimum. Pemantauan bermula awal pagi ini mendapati, paras air pada takat 0 di tangki Jabatan Air.
Aduan telah dibuat oleh pihak JPP kepada pihak Jabatan Air berkaitan perkara ini, namun dimaklumkan bahawa, Ketiadaan air juga dialami oleh kawasan sekitar lain berhampiran UMS termasuk Kingfisher, Alam Mesra, Hospital Likas dan Sulaman. Pihak JPP dalam proses untuk mencari sumber alternatif untuk membekalkan air di tempat-tempat yang kritikal.
Segala kesulitan amatlah dikesali. Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung terus kepada En. Mohd Ari Nazrul Bin Abdul Rahman, Timb Ketua Jurutera Kanan, JPP ditalian ext: 8989.
![]() | ![]() |
![]() |