Pengumuman Daripada: Unit Pengajian Lanjutan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Subjek: Tawaran Permohonan Biasiswa Stipendium Hungary 2020
Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Hungary telah membuka permohonan untuk menaja warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti program Biasiswa di bawah tajaan Stipendium Hungary Scholarship Program bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Ijazah Kedoktoran bagi kemasukan akademik 2020 di Hungary.
Kakitangan yang berminat perlu mengemukakan permohonan secara terus melalui laman sesawang www.stipendiumhungaricum.hu. Kakitangan adalah diingatkan untuk mematuhi tarikh akhir permohonan yang ditetapkan iaitu sebelum 16 Januari 2020 bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Bersama ini dilampirkan adalah hebahan tawaran biasiswa untuk perhatian dan tindakan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
Hebahan Tawaran Biasiswa (.pdf)