Pelawaan Untuk Permohonan Collaborative Research Program (CRP) Di Bawah International Centre For Genetic Engineering and Biotechnology (ICGEB) Research Grants 2020

Cetak

Pengumuman Daripada: Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI)

Subjek: Pelawaan Untuk Permohonan Collaborative Research Program (CRP) Di Bawah International Centre For Genetic Engineering and Biotechnology (ICGEB) Research Grants 2020

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr. / Tuan /Puan,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysia menerusi Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) merupakan ahli kepada  International Centre for Genetic Engineering and Biotechnology (ICGEB). Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr. / Tuan /Puan, ICGEB telah membuka permohonan bagi Collaborative Research Programme (CRP) – ICGEB Research Grants dan CRP-ICGEB Early Career Return Grants  bagi tahun 2020. Fokus bidang penyelidikan bagi pembiayaan yang ditawarkan adalah dalam bidang berikut:
    1. BASIC LIFE SCIENCES;
    2. HUMAN HEALTHCARE;
    3. INDUSTRIAL & AGRICULTURAL BIOTECHNOLOGY; DAN
    4. BIOENERGY
  2. Maklumat lanjut berkenaan syarat-syaratdan kelayakan permohonan bagi pembiayaan yang ditawarkan boleh dilayari melalui url laman sesawang berikut; https://www.icgeb.org/activities/grants/.
  3. Berhubung perkara ini, sukacita dipanjangkan pelawaan ini kepada pegawai penyelidik di Kementerian/Jabatan/Agensi/ Institusi YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr. / Tuan /Puan yang berminat untuk memohon dana penyelidikan tersebut. Pegawai yang berminat hendaklah menghantar borang permohonan (di Lampiran) yang lengkap (dalam bentukPDF File) kepada MESTECC melalui emel kepada Dr. Fatin Zahidah Binti Abdul Aziz; Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  dan turut disalinkan (cc) kepada Sekretariat ICGEB  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  serta Puan Sabrina Binti Kamin; Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  selewat-lewatnya sebelum atau pada 30 April 2020 (Khamis).
  4. Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr. / Tuan /Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

ICGEB CRP 2020 (.pdf)

CRP Application Form 2020 (.docx)

CRP Guidelines 2020 (.pdf)