Pengumuman Daripada : Seksyen Pengurusan Inovasi Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi (Pppi)
Subjek : Pemakluman Pembukaan Permohonan Geran Malaysia Laboratories For Academia-Business Collaboration (Mylab), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia
YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
Dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa semua IPT untuk mengemukakan permohonan geran Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB). Pembukaan permohonan MyLAB ini akan dilaksanakan secara dua (2) kitaran penilaian sepanjang tahun dan proses penilaian hanya akan dilaksanakan oleh KPM pada bulan Mac dan September setiap tahun.
Berikut adalah tarikh-tarikh penting berkenaan pembukaan permohonan ini:
Bil. | Perkara | Catatan |
1. | Pembukaan Permohonan peringkat KPM | - Dibuka sepanjang tahun (dua kitaran penilaian) |
Kitaran Pertama | Tarikh Akhir Penghantaran Peringkat UMS : 31 Januari Proses Penilaian Peringkat KPM : Bulan Mac | |
Kitaran Kedua
| Tarikh Akhir Penghantaran Peringkat UMS : 31 Julai Proses Penilaian Peringkat KPM : Bulan September | |
2. | Borang Permohonan & Garis Panduan | Muat turun daripada laman web MyGRANTS: http://mygrants.gov.my/ |
3. | Penghantaran permohonan ke PPPI | i) Penilaian peringkat UMS: - Dua (2) salinan hardcopy borang & dokumen
ii) Selepas penilaian dan dokumen telah muktamad: - Lima (5) salinan hardcopy borang & dokumen lengkap (berdasarkan senarai semak MyLAB) termasuk salinan asal - Satu (1) salinan softcopy borang & dokumen dalam CD/Pendrive |
4. | Calon Penyelidik bersama | Universiti Swasta & Institut Penyelidikan boleh menjadi ahli kolaborasi projek |
5. | Urus Setia PPPI | - Seksyen Pengurusan Inovasi: - No. Samb.: 613803/ 613806/ 613815 |
Sekian, terima kasih.