Permohonan Data dan Maklumat UMS

Cetak

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Data Dan Maklumat
Subjek: Permohonan Data dan Maklumat UMS

Pusat Pengurusan Data Dan Maklumat berfungsi sebagai Pusat yang menawarkan perkhidmatan data dan maklumat UMS kepada pemohon. Sehubungan dengan itu, sebarang permohonan berhubung perkhidmatan data dan maklumat, pemohon perlu melengkapkan Borang Permohonan
Data dan dihantar melalui emel rasmi pejabat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Segala pertanyaan dan maklumbalas boleh diajukan kepada En. Muhaimin Mad Noor, Pegawai Teknologi Maklumat di talian : 613762 / 104241 atau En. Mohd Zamrie Bin Musa, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di talian 613763 / 102832.

Bersama ini dilampirkan Borang Permohonan Data serta Garis Panduan Permohonan Dan Penghantaran Data Dan Maklumat, Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang telah diluluskan pada Mesyuarat Pihak Berkuasa Pengurusan Universiti (PBPU) Bil 1/2019 ( Siri 1) Kali Ke-226 untuk rujukan pemohon.

Borang Permohonan Data (.pdf)
Garis Panduan Permohonan Dan Penghantaran Data Dan Maklumat (.pdf)