Pelawaan Penajaan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2020/ 2021 (Kementerian/ Jabatan/ Agensi)

Cetak

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat
Subjek: Pelawaan Penajaan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2020/ 2021 (Kementerian/ Jabatan/ Agensi)

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas. 

2.      Untuk makluman Tuan/ Puan, setiap tahun Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mempromosikan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong kepada semua warganegara Malaysia yang layak untuk memohon Penajaan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2020/ 2021. 

3.      Sehubungan itu, pihak JPA ingin memohon bantuan dan kerjasama pihak Tuan/ Puan untuk membantu menghebahkan Pelawaan Penajaan BYDPA Sesi Pengajian 2020/ 2021. Bersama-sama ini disertakan bahan promosi BYDPA 2020/ 2021 untuk perhatian pihak Tuan/ Puan selanjutnya. Kerjasama dan bantuan pihak Tuan/ Puan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Pelawaan BYDPA dibuka pada 10 Feb (.pdf)