Pemakluman Pembukaan Permohonan Program Malaysia Social Innovation (mySI) 2020

Cetak

Subjek : Pemakluman Pembukaan Permohonan Program Malaysia Social Innovation (mySI) 2020

Pengumuman daripada : Seksyen Pengurusan Inovasi Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI)

YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

 

Dimaklumkan bahawa Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) telah membuka tawaran permohonan bagi Program Malaysia Social Innovation (MySI) 2020 bermula pada 20 Februari 2020. Sehubungan itu, penyelidik UMS yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan geran tersebut.

                                                                                                              

Berikut adalah tarikh dan perkara penting berkenaan pembukaan permohonan ini:

 

BIL.

PERKARA

CATATAN

1.

Tarikh Pembukaan Permohonan Peringkat KPM

-         20 Februari 2020 – 20 Mac 2020

2

Kaedah Permohonan

-             Secara atas talian:

-             https://www.mestecc.gov.my/web/mysi/

3.

Tarikh Akhir Penghantaran Permohonan Peringkat UMS

16 Mac 2020 (Isnin)

4.

Dokumen Permohonan

Dihantar ke Pejabat PPPI dalam bentuk dokumen hardcopy :

(i)  Dua (2) salinan berwarna Borang Permohonan Dana Malaysia Social Innovation (MySI) – dicetak melalui sistem e-MySI;

 

(ii)  Salinan sijil Pendaftaran Pertubuhan/ Persatuan/ Syarikat bagi Kolaborator dan Penerima Manfaat [Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)/ Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)];

 

(iii) Perjanjian/ Surat Setuju di antara Pemohon Projek, Kolaborator dan Penerima Manfaat dan (persetujuan Kolaborator dan Penerima Manfaat untuk terlibat dalam pelaksanaan projek);

 

(iv) Perjanjian/ Surat Setuju Pemohon Projek/ Penerima Manfaat bersama pemilik tanah (kebenaran menggunakan tanah bagi pelaksanaan projek); dan

 

(v) Salinan Penyata Bank Pemohon.

5.

Urus Setia PPPI

-      Seksyen Pengurusan Inovasi:

-      No. Samb.: 100572/100012/101861/120834

 

Bersama ini dilampirkan Brosur Program MySI 2020 yang menerangkan kriteria projek, Garis Panduan Permohonan dan Contoh Borang Permohonan Dalam Sistem e-MySI untuk rujukan dan tindakan selanjutnya di pihak YBrs. Prof./ Dr./ tuan/ puan.

 

Sekian, terima kasih.

*lampiran*