Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari
Subjek: Borang EC Tahun 2019
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Y.Brs Prof/Dr/Datuk/Datin/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Adalah dimaklumkan bahawa Borang EC tahun 2019 telah dimuat naik dalam Portal Staff UMS dan boleh dicapai melalui alamat https://staff.ums.edu.my seperti berikut:
Nama pengguna : alamat emel UMS
Kata laluan : sama seperti kata laluan emel UMS
Sebarang pertanyaan berkaitan borang EC 2019 bolehlah berhubung melalui alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. .
Untuk makluman, sempena Minggu Mesra Pelanggan Jabatan Bendahari UMS, program Sehari Bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan diadakan pada 19 Mac 2020 (Khamis) bertempat di Dewan Pusat Minda Lestari UMS. Y.Brs Prof/Dr/Datuk/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menghadiri program tersebut bagi mendapatkan maklumat berkaitan percukaian individu serta panduan dalam melengkapkan e-filing secara langsung daripada pegawai LHDN.
Sekian, terima kasih.