Pemakluman Awal Kursus Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) UMS Siri 1/2020

Cetak

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Universiti Malaysia Sabah
Subjek: Pemakluman Awal Kursus Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) UMS Siri 1/2020

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Sukacita dimaklumkan, Kursus Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) UMS Siri 1/2020 akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 30 Mac 2020 – 3 April 2020 (Isnin – Jumaat) dan 6 – 13 April 2020 (Isnin - Isnin)
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Akan Dimaklumkan kelak

  1. Untuk makluman, Kursus Pengajaran dan Pembelajaran adalah antara satu daripada syarat WAJIBpengesahan dalam perkhidmatan bagi Kakitangan Akademik selain Program Transformasi Minda. Sehubungan itu, kepada para pensyarah yang masih belum disahkan jawatan dan belum mengikuti kursus ini boleh memohon untuk menyertai kursus ini dengan mengisi borang kehadiran di pautan berikut : https://forms.gle/15yqvyBpCLDS72uA7 sebelum 13 Mac 2020. Sehubungan dengan itu, Kakitangan Akademik sandangan kontrak juga dialu-alukan untuk mengikuti kursus ini tertakluk dengan syarat dan kelulusan pihak Sektor Pembanguanan Sumber Manusia, Bahagian Sumber Manusia, UMS.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan urusetia iaitu Encik Mohd.Nizam Bin Abd Muttalib melaui emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau  / sambungan : 103337 / 013-8554373