Pengumuman Daripada: Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah
Subjek: Jemputan Menghadiri Ceramah Perdana Israk Mikraj Di Masjid Universiti Malaysia Sabah 1441H/2020M
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
- Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam akan mengadakan Ceramah Israk Mikraj 1441H/2020M pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 22 Mac 2020 (Ahad)
Masa: 6.30 petang – 8.00 malam
Tempat: Masjid UMS
- Sehubungan itu, dengan sukacitanya pihak kami menjemput YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan dan semua warga UMS untuk menghadiri ceramah tersebut. Semoga majlis ini akan menambahkan kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w. dan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.
Sekian dan terima kasih.
Israk Mikraj (.pdf)