Pengumuman Daripada: Bahagian Perkhidmatan Akademik
Subjek: Pembatalan Pelaksanaan Program Jom Masuk IPT 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
YBhg. Datuk/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas dan surat daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi bertarikh 12 Mac 2020.
2. Dukacita dimaklumkan bahawa pihak KPT telah mengumumkan pembatalan penganjuran semua program Jom Masuk IPT 2020 bagi 4 zon seterusnya iaitu di lokasi Perak, Terengganu, Sarawak dan Selangor kerana mengambilkira keselamatan pegawai kerajaan serta masyarakat umum.
3. Hal ini juga adalah selaras dengan saranan dari Kementerian Kesihatan agar semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gatthering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19 berlaku.
Sekian untuk makluman dan perhatian YBhg. Datuk/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan.