Pengumuman Daripada: Pusat Rawatan Warga
Subjek: Makluman Dari Pusat Rawatan Warga UMS
- Sila maklum bahawa Pihak Berkuasa Pengurusan Universiti pada mesyuarat Bil 3/2020 (kali ke 235) telah bersetuju pada 19 Februari 2020 supaya waktu operasi Pusat Rawatan Warga ditetapkan seperti berikut:
8 pagi hingga 10 malam (Isnin-Sabtu).
- Selaras dengan pengumuman Perdana Menteri pada 16 Mac 2020, Pusat Kesihatan Universiti mengambil langkah proaktif untuk mengukuhkan tenaga manusia dan menambahkan kepelbagaian servis untuk usaha menyeluruh saringan Covid-19 di UMS pada waktu pejabat. Oleh yang demikian dimaklumkan bahawa operasi Pusat Rawatan Warga, dari 18 Mac 2020 sehingga tarikh yang ditentukan kemudian, adalah seperti berikut:
8 pagi hingga 10 malam (Isnin-Ahad) (termasuk cuti umum)
- Sukacitanya dimaklumkan bahawa talian makluman 24 jam COVID-19 telah ditubuhkan pada masa yang sama, yang akan dikendalikan oleh pihak HUMS. Sekiranya berlaku sebarang keraguan melibatkan COVID-19 di antara jam 10 malam hingga 8 pagi, pelajar dan staf boleh menghubungi talian hotline Covid-19 di talian 019 - 884 2400