Pengumuman Daripada: Bahagian Perkhidmatan Akademik
Subjek: Kaji Selidik Aksesibiliti Pelajar Kepada Capaian Internet Dan Sistem Pengurusan Pembelajaran
Para pelajar yang dihormati,
Salam sejahtera daripada Pusat E-Pembelajaran (PEP), Universiti Malaysia Sabah. Pihak kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara maya adalah lancar dan aktif semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kerjasama anda diperlukan untuk melengkapkan kaji selidik ini berkaitan akses internet dari lokasi anda.
Sila jaga keselamatan dan duduk di kediaman masing-masing.
Terima kasih.
Salam hormat,
Pusat E-Pembelajaran