Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Subjek: Email Palsu
Pengumuman ditujukan kepada semua pengguna Webmail UMS.
Untuk makluman, didapati beberapa pengguna Webmail UMS telah menerima email bertajuk ''Pentadbir e-mel web" yang pada asas nya email ini bertujuan untuk mendapatkan username dan password pengguna.
Pihak kami ingin memaklumkan bahawa:
• Emel tersebut adalah EMEL PALSU, DAN BUKAN DARI UMS.
• Isu keselamatan ICT menegah JTMK sebagai pentadbir email dari meminta pengguna mendedahkan password dan username melalui email.
Pihak kami juga meminta agar semua pengguna:
• Sekiranya menerima lagi Email yang seumpamanya DIMASA DEPAN, SILA ABAIKAN email tersebut.
Bersama ini dilampirkan contoh EMAIL PALSU tersebut: