Pengumuman Daripada: Fakulti Komputeran & Informatik
Subjek: Promosi Perkhidmatan My Cybersecurity Clinic di Fakulti Komputeran & Informatik UMS
Sukacita dimaklumkan bahawa kami, MyCybersecurity Clinic (MyCSC@UMS) di Fakulti Komputeran & Informatik UMS Kota Kinabalu menyediakan perkhidmatan pemulihan data, sanitasi data dan pelupusan cakera keras dengan harga yang berpatutan. Potongan sehingga 50% diadakan dalam tempoh promosi kami sekarang.
Waktu operasi kami adalah dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang setiap hari (kecuali Sabtu dan Ahad termasuk cuti umum).