Pelawaan Cadangan Projek Geran; Digital Society Research Grant (DSRG)

Cetak

Pengumuman Daripada    : Pusat Penyelidikan Dan Inovasi

Subjek   : Pelawaan Cadangan Projek Geran; Digital Society Research Grant (DSRG)

 Pegawai Dihubungi  : Urusetia Penyelidikan (103145)

 

Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

 

PELAWAAN CADANGAN PROJEK; DIGITAL SOCIETY RESEARCH GRANT (DSRG)

 

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuat pelawaan cadangan projek di bawah geran Digital Society Research Grant (DSRG) yang telah mula dibuka pada 3 Julai 2020. Objektif bagi geran ini ditawarkan adalah untuk membangunkan asas yang diperlukan untuk mempromosikan dan meningkatkan pemahaman berhubung faktor-faktor yang boleh mempengaruhi penggunaan dan menyumbang kepada penggunaan teknologi serta perkhidmatan digital dengan berdasarkan focus area yang ditetapkan.

 

Sehubungan itu Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk membuat permohonan berdasarkan takwim dan butiran seperti yang dinyatakan di jadual berikut;

DIGITAL SOCIETY RESEARCH GRANT (DSRG)

BIL

PERKARA/ TINDAKAN PEMOHON

PAUTAN/ RUJUKAN

TARIKH

1

Memuat turun Garis Panduan dan Borang Permohonan DSRG

https://www.mcmc.gov.my/en/grants/digital-society-research-grant-2020-call-for-propo

 

Hard copy turut dilampirkan bersama pelawaan ini

Bermula

3 Julai 2020

2

Mengemukakan permohonan kepada pihak SKMM, melalui emel;

-       Soft copy

-       Tajuk emel :

DSRG Research Proposal

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Bermula

3 Julai 2020

Sehingga

31 Disember 2020

3

Penilaian Teknikal oleh SKMM setiap

Urus Setia SKMM

Setiap dua (2) bulan sekali.

4

Tempoh Maklumbalas oleh SKMM

Urus Setia SKMM

Satu (1) minggu selepas penilaian

 

Pihak PPPI juga memohon jasa baik dan kerjasama Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan agar dapat memanjangkan pelawaan ini kepada kumpulan akademik di fakulti/ pusat/ institut masing-masing.

 

Segala komitmen dan kerjasama Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian, dan terima kasih.

 

Daripada;

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI