Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
 
PEMAKLUMAN PERPINDAHAN PEJABAT OPERASI PENERBIT UMS DI ARAS 2, BANGUNAN PUSAT PENGAJIAN PASCASISWAZAH
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.         Adalah dimaklumkan,  Operasi Pejabat Penerbit UMS di bangunan Perpustakaan UMS telah berpindah ke lokasi baharu di Aras 2,  Bangunan Pusat Pengajian Pascasiswazah berkuatkuasa 12 Ogos 2024.
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera YBhg. Datuk & YBrs. Prof./Dr. /Tuan/Puan.
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacita dimaklumkan penganjuran Majlis Anugerah Kecemerlangan Universiti Malaysia Sabah (AKU) Tahun 2024 seperti berikut (poster hebahan dilampirkan):
 
Tarikh            :           27 Ogos 2024 (Selasa)
Masa              :           8.00 pagi
Tempat          :           Pusat Islam UMS
 
Sekian, terima kasih.