Pengumuman Daripada: Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS)

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Prof. Dr/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
PEMAKLUMAN PERKHIDMATAN INSTRUMEN YANG DISEDIAKAN DI PUSAT INSTRUMENTASI DAN PERKHIDMATAN SAINS (PIPS)
 
Sukacita dimaklumkan, bersama ini dilampirkan poster hebahan berkaitan perkhidmatan instrumen yang disediakan di Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS) Universiti Malaysia  Sabah untuk rujukan dan makluman YBhg. Prof. Dr/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan.
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

 

Tahukah anda kita perlu makan sekurang-kurangnya separuh daripada bijirin harian kita sebagai bijirin penuh? Bijirin penuh kaya dengan vitamin B ( B1 Tiamin, B2 Riboflavin & B3 Niacin), vitamin E, mineral (magnesium, zink & selenium) serta serat diet.

Ketahui tip pemakanan sihat pada Hari Kemuncak NMM UMS, bertempat di FSMP UMS pada 24 Mei 2024, 8 pagi – 4 petang.

#NNM2024UMS #fsmpums #nutrition #nutriclub

Maklumat pemakanan di atas adalah garis panduan umum. Sila rujuk ahli pemakanan & ahli dietetik berdaftar untuk nasihat pemakanan individu.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera,
 
YBhg. Prof./ Datuk/ Dr./Tuan/ Puan,
 
🥳Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah membangunkan Sistem Profiling Digital Kesihatan Psikologi Pegawai Awam (MyPsyD) bagi mengenalpasti tahap risiko kesihatan psikologi pegawai. 
 
🎗️Pengenalpastian risiko tahap kesihatan psikologi ini membolehkan setiap pegawai mengekalkan kesejahteraan di samping mengambil tindakan intervensi yang bersesuaian sekiranya tahap risiko kesihatan psikologi tinggi.
 
📍Sehubungan dengan itu, bagi menjayakan hasrat mempromosikan kesejahteraan psikologi, semua pegawai adalah DIWAJIBKAN untuk melengkapkan profiling MyPsyD melalui pautan 
👇🏻
https://mypsyd.jpa.gov.my
👇🏻
Tempoh pelaksanaan di UA bermula 1 Mei hingga 31 Mei 2024 
 
🖥️ Pihak YBhg. Prof./ Datuk/ Dr./Tuan/ Puan juga dimohon untuk kemas kini data peribadi dan data kesihatan kendiri di dalam HRMIS bagi melengkapkan profiling MyPsyD.
 
Sekian, terima kasih.
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Alumni UMS

 

Salam Sejahtera,
 
YBrs. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Alumni telah menerbitkan Alumni Newsletter edisi Jan-April Tahun 2024.
 
Imbas QrCode untuk mendapatkan newsletter anda atau klik pautan https://bit.ly/AlumniNewsletterVol12024
 
Newsletter terdahulu boleh dicapai di Laman Web Rasmi Pusat Alumni di pautan berikut : https://www.ums.edu.my/alumni/index.php/references/buletin-alumni
 
Sekian.
 
Ikhlas daripada
Pusat Alumni UMS
#StayConnected