Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

 

YBhg. Prof./Datuk /Datin/Dr./Tuan/Puan,

 

Berkuat kuasa pada 1 Julai 2024, pekerja asing termasuk ekspatriat dan pekerja domestik asing kini dilindungi di bawah Skim Keilatan. Sehubungan itu, majikan yang menggaji pekerja asing dikehendaki melindungi pekerja di bawah Skim Keilatan melalui peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) berkuatkuasa penggajian Julai 2024.

 

Sebarang keterangan lanjut, bolehlah layari laman web rasmi PERKESO di pautan http://www.perkeso.gov.my atau mengunjungi pejabat PERKESO yang berhampiran. Berikut dikongsikan infografik yang berkaitan.

 

YBhg.Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan juga boleh menghubungi Sektor Perkhidmatan Kakitangan, Jabatan Bendahari di talian 200519 atau melalui e-mel ke alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk sebarang pertanyaan berkaitan caruman pekerja dan majikan. 

 

Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan

 

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan ingin mendapatkan maklum balas berkenaan Kajian Kepuasan Pelanggan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami dari semasa ke semasa. Mohon Kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik melalui pautan https://eoffice.ums.edu.my/e-respon/kepuasan_pelanggan.php?id=142&key=FKAL  atau imbas kod QR tersebut.

Terima kasih berurusan dengan pihak kami dan menjadi responden dalam kajian kepuasan pelanggan ini.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH)

 

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,

 

Tuan-tuan dan puan-puan,

 

Pihak Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH) menjemput tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk menghadiri Kursus Latihan Pengendali Makanan pada ketetapan berikut:

 

Tarikh: 27 Julai 2024 (Sabtu)

 

Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari (Secara dalam talian)

 

Bagi yang berminat boleh mengimbas QR Kod yang dilampirkan atau mengisi borang di pautan yang disediakan.

 

Pautan Borang Pendaftaran Kursus Latihan Pengendali Makanan SLPM UMS 2024: 

https://forms.office.com/r/1F4kTGqWNP

 

Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat (PKLM)

 

 

Pihak PKLM amat mengalu-alukan komen dan cadangan semua warga UMS dan komuniti  mengenai penyampaian perkhidmatan PKLM dengan mengisi KKP yang disediakan di pautan https://bit.ly/KajiankepuasanpelangganPKLM atau imbas kod QR yang disediakan.  

 

Kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah kami harapkan bagi menambah baik mutu perkhidmatan PKLM.  

 

Kesudian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi KKP ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.  

 

Sekian dan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP)

 

 

JEMPUTAN MENGHADIRI RESEARCH CLUSTER WEBINAR

Arts, Science Social and Humanities

 

RESEARCH CLUSTER WEBINAR: QUANTITATIVE RESEARCH ANALYSIS FOR SCOPUS INDEXED JOURNAL USING SEM METHOD AFFILIATION

 

🗓️ : 18 Julai 2024 (Khamis)

⏰ : 10.00 - 11.30 Pagi

💻 : https://bit.ly/3zCPLMA 

          (Cisco Webex)

 

Penyertaan dan kehadiran YBrs.Prof./Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.