Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan Kerjaya dan Keusahawanan

 

 

📅 Tarikh: 8 Februari 2025 (Sabtu)
🕘 Masa: 9:00 AM - 1:00 PM
📍 Lokasi: Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan, UMS
💰 Yuran: RM80 (terhad kepada 80 peserta)
📝 Tarikh Akhir Pendaftaran: 7 Februari 2025
 
Adakah anda ingin memahami gaya belajar anak dengan lebih mendalam? Sertai bengkel Kenali Gaya Belajar Anak dan pelajari cara untuk mengoptimumkan pembelajaran anak! 
Bengkel ini direka khas untuk peserta berusia 9 hingga 18 tahun.
 
Apa yang menanti peserta?
✔️ Pemahaman mendalam mengenai gaya belajar
✔️ Aktiviti interaktif dan praktikal
✔️ Sijil penyertaan
✔️ Makan tengah hari disediakan
 
Jangan tunggu lagi! Daftar sebelum 7 Februari kerana tempat adalah terhad.
📞 Hubungi Www.wasap.my/60164850989 untuk pendaftaran segera!
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Assalamualaikum WBT
 
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Dijemput semua untuk mendapatkan perkhidmatan Taksiran Zakat Penggajian di Kaunter bertempat :
 
🗓Tarikh : 28 Januari 2025 (Selasa)
⏰Masa : 8.30 Pagi
📍Tempat : Dewan Canselor UMS
 
Dokumen yang perlu dibawa?
 
✅ Penyata Gaji Tahunan
✅ Slip Gaji Terkini
✅ Kad Pengenalan
 
وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
“Dan tunaikanlah solat dan laksanakanlah zakat; serta taatilah Rasul; nescaya kamu beroleh rahmat”.
 
(Surah An-Nur 24:56)
 
📌 Mata IDP disediakan
 
Sebarang Persoalan @ Perkhidmatan secara atas talian, Sila hubungi:
088-320 624
 
#jomberzakat
#umsleadingtowardsinnovativesocieties
#UMSshare
 

 

Announcement From: Faculty of Engineering

 

Exciting News! The Sustainable Engineering Journal (SUSTEN) is now accepting submissions for the upcoming issue. Don't miss this opportunity to contribute and submit your paper at this link, and be part of this exciting new initiative to advance sustainable engineering research and practice.

 

SUSTEN submission link:  https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/SE/about/submissions

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat

 

MAJLIS AMANAT NAIB CANSELOR 2025

Ikuti Majlis Amanat Naib Canselor 2025 bertemakan “Melonjak Keilmuan, Memimpin Inovasi, Memupuk Kemanusiaan” yang akan disampaikan oleh Naib Canselor, YBhg. Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, JP pada ketetapan yang berikut:

 

Tarikh: 28 Januari 2025 (Selasa)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Canselor

 

Majlis ini juga akan diserikan dengan persembahan khas daripada Apai@Andrew Poninting dan Dabra Sia serta turut menyediakan kaunter perkhidmatan diskaun bayaran saman, kaunter zakat, pemeriksaan kesihatan, jualan buku, pameran akademik dan lain-lain lagi. Penganjur juga ada menyediakan hadiah bagi CABUTAN BERTUAH untuk dibawa pulang.

Jom warga UMS, sama-sama kita raikan!