Pengumuman Daripada: Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah
Subjek: Elsevier Webinar
Elsevier Webinar (.pdf)
Pengumuman Daripada: Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah
Subjek: Elsevier Webinar
Elsevier Webinar (.pdf)
Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari
Subjek: Pengekalan Kadar Caruman Berkanun Syer Pekerja KWSP Pada 11% Bermula Mei 2020
Selamat pagi dan salam sejahtera Warga UMS,
Seperti yang semua sedia maklum, kakitangan yang hendak mengekalkan kadar caruman berkanun syer pekerja pada 11% hendaklah memaklumkan kepada pihak majikan untuk dimajukan kepada pihak KWSP.
Sehubungan itu, kakitangan yang ingin mengekalkan kadar caruman pada 11% bermula bulan penggajian MEI 2020 hendaklah melengkapkan Google Form selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 8 Mei 2020 seperti di pautan berikut:
https://docs.google.com/forms/
Bagi kakitangan yang telah mengisi Google Form bagi bulan Penggajian April 2020, anda tidak perlu mengisi semula Google Form ini.
Sebarang pertanyaan berhubung dengan perkara ini boleh dimajukan melalui e-mel ke alamat : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Sekian dan harap maklum.
Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar
Subjek: Tambahan Pelaksanaan Garis Panduan Bekerja Dari Rumah Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,
Berikut merupakan Pemakluman Tambahan Pelaksanaan Garis Panduan Bekerja Dari Rumah Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Mohon untuk diwar-warkan kepada semua Ketua Jabatan dan kakitangan dibawah seliaan masing-masing.
Sekian. Terima kasih
Ucapan Selamat Menyambut Hari Pekerja Daripada: Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan
Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia
Subjek: Kursus Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) UMS Siri 1/2020 (Secara Atas Talian)
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan, Kursus Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) UMS Siri 1/2020 akan diadakan pada tarikh, masa seperti berikut:
Tarikh : 15 - 19 Jun 2020 (Isnin - Jumaat) & 22 - 26 Jun 2020 (Isnin - Jumaat)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Kaedah Penyampaian Kursus : Secara atas talian
Untuk makluman, Kursus Pengajaran dan Pembelajaran adalah antara satu daripada syarat WAJIB pengesahan dalam perkhidmatan bagi Kakitangan Akademik selain Program Transformasi Minda. Sehubungan itu, kepada para pensyarah yang masih belum disahkan jawatan dan belum mengikuti kursus ini boleh memohon untuk menyertai kursus ini dengan mengisi borang kehadiran di pautan berikut : https://forms.gle/15yqvyBpCLDS72uA7 sebelum 15 Mei 2020. Sehubungan dengan itu, Kakitangan Akademik sandangan kontrak juga dialu-alukan untuk mengikuti kursus ini tertakluk dengan syarat dan kelulusan pihak Sektor Pembanguanan Sumber Manusia, Bahagian Sumber Manusia, UMS.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan urusetia iaitu Encik Mohd.Nizam Bin Abd Muttalib melaui emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau / sambungan : 103337 / 013-8554373
Terima kasih.
Terma Pengguna | Penafian | Dasar Privasi | Polisi Keselamatan | Dasar Hak Cipta | Paparan Terbaik 1366x768