Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Komunikasi Korporat (PKK) akan menganjurkan program edaran bendera di pintu gerbang utama Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang akan diketuai oleh YBhg. Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, Naib Canselor UMS pada 6 Ogos 2024 (Selasa) pukul 4.00 petang hingga 5.30 petang. 
 
Atas kerjasama dan perhatian yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 
 
Sekian. 

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar

 

IKLAN JAWATAN JURULATIH/ DEMONSTRATOR SAMBILAN
KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT
SESI 2024/ 2025
 
Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah (PKPP) mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sambilan bagi kursus kokurikulum berkredit yang disenaraikan dalam komponen seperti berikut (rujuk jadual mengikut komponen):
·         Komponen Kepimpinan dan Kemasyarakatan (2 atau 3 jam kredit) 
·         Komponen Kebudayaan dan Kesenian (2 atau 3 jam kredit) 
·         Komponen Sukan dan Rekreasi (2 atau 3 jam kredit) 
·         Komponen Wajadiri (2 atau 3 jam kredit) 
·         Komponen Bisnes, Agrotek dan Teknologi (2 atau 3 jam kredit) 
 
Kod lokasi kampus kursus ditawarkan adalah seperti berikut (bertanda √ dalam jadual):
·         BKI: Kampus Induk (Kota Kinabalu)
·         LBU: Kampus Antarabangsa Labuan
·         SDK: Kampus Sandakan
 
Untuk permohonan dan maklumat lanjut sila layari laman sesawang https://www.ums.edu.my/pkppv2/index.php/ms/jawatan-kosong
 
TARIKH TUTUP: 18 OGOS 2024 (AHAD) (SEBELUM JAM 5.00 PETANG)