Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat

 

TABUNG BANTUAN UMS PRIHATIN : TRAGEDI NAHAS BAS PELAJAR UPSI
 
Warga UMS yang prihatin digalakkan menyalurkan sumbangan ikhlas ke Tabung Bantuan UMS Prihatin : Tragedi Nahas Bas Pelajar UPSI sebagai tanda solidariti dan keprihatinan. Sedikit sumbangan amat bermakna. Salurkan bantuan anda ke akaun UMS:
 
Maybank : 5100 1302 2413
Penama : Universiti Malaysia Sabah
Ref-1 : Nama Penyumbang
Ref-2 : Tabung Pelajar UPSI
 
Semua sumbangan akan disalurkan kepada pihak UPSI dan keluarga pelajar yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (Jeli-Gerik).
 
Tabung sumbangan dibuka sehingga 19 Jun 2024 (Khamis).
 
Salam takziah daripada Pengurusan dan seluruh warga Universiti Malaysia Sabah.
 
#UMSBertekadCemerlang
#UMSPrihatin
#UMSTheBrainofBorneo
#BrainofUMS

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains dan Teknologi

 

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera & Salam Sains Sekitaran

 
🌍 ECHOES OF THE EARTH EXHIBITION ✨
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Sains Sekitaran sesi 2024/2025 akan menganjurkan program  Echoes of the Earth Exhibition. Butiran program adalah seperti berikut:
 
📅 Tarikh : 13 Jun 2025 (Jumaat)
🕘 Masa : 9.00 a.m. – 12.00 p.m.
📍 Tempat : Foyer Fakulti Sains & Teknologi
 
📌 Terbuka kepada semua mahasiswa, pensyarah dan staf FST serta warga UMS.
📌 Aktiviti pameran menarik berkaitan isu-isu alam sekitar & masyarakat melalui pembentangan poster berkumpulan.
 
Be inspired. Be informed. Be the echo that leads to change!
Come join us and discover the voices of the Earth!
 
Sebarang pertanyaan berkaitan program boleh berhubung dengan:
☎️ Abu Adil: 011-25330288
 
Sekian, Terima kasih dan jumpa anda di sana!

 

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial

 

📣 Penyertaan Dibuka: CDAS2025!
 
Kami di Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah, mengalu-alukan semua penyelidik, pelajar, dan pengamal profesional untuk menghantar abstrak dan kertas kerja penuh ke Simposium Kaunseling dan Penyalahgunaan Dadah 2025 (CDAS2025)!
 
Penghantaran abstrak dan kertas kerja penuh boleh dalam bentuk kajian penyelidikan atau kajian kes (praktis).
 
Tema:
“Memperkasa Kaunseling dalam Mencegah Ketagihan Dadah”
 
📆 Tarikh Simposium:
13 November 2025 (Khamis)
📍Lokasi: Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
 
📌 Penghantaran Abstrak & Kertas Kertas Penuh:
1 Mei 2025 – 30 Oktober 2025
🔗 Hantar di: http://upc.ums.edu.my/e/CDAS2025
 
Sila rujuk garis panduan dan templat penulisan di laman web rasmi kami.
 
Mari bersama-sama menjayakan perbincangan ilmiah dan perkongsian ilmu dan pengalaman yang bermakna dalam usaha memperkukuh peranan kaunseling dan isu-isu kaunseling dalam mencegah penyalahgunaan dadah.
 
 
#CDAS2025 #Kaunseling #PencegahanDadah #SimposiumKaunseling #UMS #FPP #KotaKinabalu #PenyelidikanKaunseling

 

Pengumuman Daripada: U-Science, UMS

 

Salam Sejahtera Semua,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa U-Science, UMS dengan kerjasama Fakulti Sains & Teknologi (FST) akan mengadakan 🎙️ PROGRAM 3S: STEM SPEAKER SERIES 2025 bersempena Kembara Sains Borneo 2025, dengan butiran seperti berikut:
 
📔 Tajuk: Fun With Math
 
🧑‍🏫 Speaker : Profesor Dr. Ho Chong Mun
 
🗓️ Tarikh: 15 Jun 2025
⌚ Masa: 8.15 Pagi
🔗 Pautan YouTube:
 
🆓 Penyertaan adalah PERCUMA
📚 E-Sijil akan diberikan kepada semua peserta
🧑‍🤝‍🧑 Terbuka kepada pentadbir, guru, ibu bapa dan murid
 
🌺 Jangan lepaskan peluang ini—jom sama-sama sertai kami!