Announcement From: Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning

 

 

PPIB International and Local Languages Night 2025 🌏
Dear all,
 
We are delighted to announce that the Local and Foreign Language Cluster, Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning (CPKLL/PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS), will be organising the PPIB International and Local Languages Night 2025.
 
📅 Date: 21 November 2025 (Friday)
🕖 Time: 7:00 p.m.
📍 Venue: Dewan Auditorium Pascasiswazah, UMS
 
We warmly invite all members of the UMS community to join and celebrate this special evening. 🎉
Enjoy captivating performances by local and international students as they showcase their language and cultural talents. 💃🏻🕺🏻🎞️🎤🥁🎸
 
🎁 Guests also stand a chance to win exciting lucky draw prizes!
✅ IDP/SDP points will be given
 
🙌 We look forward to celebrating this vibrant night of languages and cultures with you! 🥰
 
Sincerely,
The Organising Committee
 

 

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

 
2.   Sukacita dimaklumkan bahawa sempena dengan program Baca@Borneo UMS, Jabatan Perpustakaan UMS akan mengadakan sesi Telaah@UMS yang bertujuan untuk menyemarakkan budaya membaca dan penghayatan ilmu kepada masyarakat kampus dan komuniti. 
 
3.   Sehubungan itu, dengan sukacitanya tuan/puan dijemput untuk hadir ke program tersebut yang akan diadakan pseperti ketetapan berikut: 
 
Telaah@UMS Siri 3
Tarikh: 15 November 2025 (Sabtu)
Masa: 3.00 Petang 
Tempat: Sabah International Convention Centre (SICC)
Panel: Ruhaini Matdarin (Penulis Buku)
Moderator: Rita Robert Rawantas (Penulis & Penyair)
Tajuk Buku: Hari-Hari Terakhir di Jesselton
 
 
Semua dijemput hadir!!!

 

Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

 

UMS telah membentuk satu Dasar KKP. Dasar ini menunjukkan kepimpinan serta komitmen yang tinggi terhadap pencegahan kemalangan dan permasalahan kesihatan, pencapaian serta penambahbaikan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) dan ianya menyediakan suatu kerangka dalam mengadakan dan menyemak semula Objektif dan Program KKP.

UMS ke arah pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Trafik Jalan Raya (RTSMS) ISO39001:2013 pada tahun 2025 bagi membolehkan UMS mewujudkan, melaksana, mengemaskini dan menambahbaik RTSMS yang merangkumi proses yang diperlukan dan interaksi Sistem pengurusan tersebut mengandungi elemen-elemen utama iaitu Dasar KKP dan Trafik Jalan Raya (OSH&RTS), perancangan, pelaksanaan dan operasi, penilaian prestasi dan penambahbaikan berterusan. 

Naib Canselor UMS hasil perbincangan dan perundingan dengan pihak kakitangan dan wakilnya melalui Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP-UMS) Bil. 3/2025 pada 12 November 2025 telah bersetuju mengemaskini Dasar KKP (Semakan 5/2022) kepada Dasar OSH&RTS (Semakan 6/2026) yang:

 

  1. Menegaskan komitmen bagi mewujudkan keadaan kerja yang selamat dan sihat bagi mencegah kecederaan dan kesan kesihatan;

  2. Menyediakan asas bagi membangunkan Objektif dan Program KKP serta Objektif san Sasaran RTS.

  3. Merangkumi komitmen kepada pematuhan keperluan perundangan dan lain-lain keperluan berkaitan;

  4. Merangkumi komitmen dalam menghapuskan hazard dan mengurangkan risiko KKP serta risiko keselamatan trafik jalan raya;

  5. Merangkumi komitmen untuk menambahbaik secara berterusan SPKKP dan RTSMS;

  6. Merangkumi komitmen dalam perundingan dan penyertaan kakitangan untuk terlibat aktif dalam semua elemen SPKKP serta penyelarasan kepada kakitangan dan pihak berkepentingan.

 

Dasar OSH&RTS UMS juga:

  • Didokumentasikan sebagai dokumen

  • Dikomunikasikan kepada semua kakitangan; 

  • Dikomunikasikan kepada pihak berkepentingan; 

  • Dikemaskini agar ia relevan dan bersesuaian dengan konteks organisasi.

 
Sehubungan itu, selaras dengan keperluan peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Pindaan 2022) dan keperluan SPKKP serta RTSMS, Dasar OSH&RTS perlu dikomunikasikan kepada semua kakitangan UMS serta pihak berkepentingan. Justeru itu, dimohon semua pihak untuk membaca dan memahami kandungan Dasar Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Keselamatan Trafik Jalan Raya UMS yang diedarkan melalui surat PKKP dengan No. rujukan UMS/COSH2.5/100-14/7/1 bertarikh 14 November 2025 kepada semua Ketua JAFPIB.
 
Sekian.