Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,
 
HEBAHAN SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL.4/2025 - PROSEDUR PENYIMPANAN WANG TERIMAAN PUSAT TANGGUNGJAWAB DAN PENGHANTARAN WANG KE BANK BAGI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Tuan/Puan
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2. Bersama ini dilampirkan poster berkaitan Surat Pekeliling Bendahari Bil.4/2025 - Prosedur Penyimpanan Wang Terimaan Pusat Tanggungjawab Dan Penghantaran Wang ke Bank Bagi Universiti Malaysia Sabah untuk tujuan hebahan kepada semua PTJ. Surat Pekeliling ini juga boleh dicapai melalui pautan berikut:
 
 
Kerjasama pihak tuan/puan berhubung perkara ini amat di hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,
 
HEBAHAN SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL.3/2025 - KADAR KHAS YURAN PENGAJIAN BAGI PEGAWAI UMS DAN ANAK KEPADA PEGAWAI UMS YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Tuan/Puan
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2. Bersama ini dilampirkan poster berkaitan Surat Pekeliling Bendahari Bil.3/2025 - Kadar Khas Yuran Pengajian Bagi Pegawai UMS dan Anak Kepada Pegawai UMS yang Melanjutkan Pengajian di UMS untuk tujuan hebahan kepada semua PTJ. Surat Pekeliling ini juga boleh dicapai melalui pautan berikut:
 
 
Kerjasama pihak tuan/puan berhubung perkara ini amat di hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik

 

Assalamualaikum wbt. YBrs.Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan.

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, sukacita kiranya YBrs.Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dapat meluangkan sedikit masa mengisi soal selidik Kajian Kepuasan Pelanggan dengan mengimbas Kod QR yang tertera atau pautan di bawah.

Link Pautan Kajian Kepuasan Pelanggan PPS:
https://bit.ly/pps-soalselidik

Maklum balas YBrs.Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan diucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Assalamualaikum WBT YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacitanya, pihak PIUMS membuka penyertaan Infaq Saham Akhirat (secara potongan gaji bulanan) kepada semua bagi membantu golongan yang memerlukan mahupun yang kurang berkemampuan. Sumbangan ini juga digunakan untuk:
 i) Pembelian barang dan peralatan keperluan masjid
ii) Keperluan infrastruktur projek naik taraf Masjid UMS
iii) Pembinaan/ pembaikan fasiliti masjid
iv) Pembelian atau pembinaan bangunan masjid
v) Sebarang penganjuran aktiviti masjid berkaitan Infak Saham Akhirat
 
Cara Penyertaan:
Log masuk ke HROnline v4.0
➡ Pilih Menu
➡ Klik Pusat Islam UMS
➡ Pilih Infak
➡ Klik Infak Saham Akhirat
 
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada: 
📞 Puan Fazelah:016-8655694
📞 Encik Ghazali: 014-9126809
 
Rasulullah SAW bersabda:- "Tidak akan berkurang harta dengan sedekah, dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah SWT tambahkan kemuliaan baginya." (HR Muslim)
 
Semoga sumbangan yang diberikan menjadi saham dan bekalan di akhirat kelak, insya-Allah
 
 
#infaksahamakhirat
#UMSShare
#asnafums

 

Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat 

 

Pusat Komunikasi Korporat (PKK) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Strategik (PPS) sedang menjalankan kaji selidik ringkas bagi mendapatkan pandangan warga UMS terhadap nilai dan identiti universiti yang  mencerminkan budaya, sikap dan aspirasi kita bersama sebagai warga UMS.
 
🗓️ Tarikh tutup: 11 November 2025 (Selasa)
🕒 Tempoh: < 5 minit
 
Mohon jasa baik semua staf akademik dan bukan akademik untuk meluangkan sedikit masa mengisi soal selidik ini. Maklum balas anda amat penting bagi memperkukuh pelaksanaan penjenamaan UMS sebagai “The Brain of Borneo.”
 
👉 Sila klik pautan berikut untuk menjawab:
 
Terima kasih di atas kerjasama dan sokongan semua. 🙏
 
#UMSTheBrainOfBorneo