Announcement From: Centre for E-Learning

 

 

Dear UMS Students,

 

This is a kind reminder for all UMS students to complete the AI in Teaching and Learning Survey.

 📝 Survey Link: https://forms.office.com/r/mr9b6K8Xhq 

 ✨ SDP Points will be awarded upon completion. 

Your participation is compulsory and will directly contribute to shaping the future of teaching and learning at UMS. Please ensure the survey is completed before the deadline. 

📎 Kindly find attached the official letter from the Deputy Vice-Chancellor (Academic and International), Universiti Malaysia Sabah, for your reference.

 Thank you for your cooperation.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COSH)

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COSH), Universiti Malaysia Sabah akan melaksanakan webinar yang bertajuk “Jom Ambil Tahu: Pencegahan Carpal Tunnel Syndrome (CTS)” pada ketetapan berikut:

 

🗓Tarikh: 26 September 2025

⏰Masa: 2:30 - 3:30 petang

📍Platform: https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=m099a74196e78d3d5d05255369b0e3f74 (webex)

 

Webinar ini dibuka kepada semua kakitangan Universiti Malaysia Sabah. 

 

📌E-sijil disediakan kepada semua peserta yang hadir

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi

 

☎Emily Ungan - 0168935679

 

Pengumuman Daripada: U-Science, UMS

 

 

📢 Jemputan ke STEM Speaker Series 2025!

 

Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui U-Science dengan kerjasama KSTI menjemput anda menghadiri sesi menarik bertajuk:

 

🎙️ Psikologi & Gajet Gen Z

👩‍🏫 Disampaikan oleh: Dr. Lailawati Bt. Madlan @ Endalan

(Pensyarah Kanan, FPKS UMS)

 

🗓 Tarikh: 25 September 2025

⏰ Masa: 9.00 pagi – 10.00 pagi

📍 Tempat: Ruang Majlis, Perpustakaan UMS

🔗 Pautan:
 

 

Jangan lepaskan peluang untuk memahami bagaimana gajet memberi kesan kepada psikologi generasi Z dan bagaimana kita boleh menanganinya dengan lebih berkesan.

 

✨ Terbuka kepada semua pelajar, pensyarah dan warga kampus!

 

Pengumuman Daripada: Pejabat Canselori

 

 

E-Buletin Edisi 1 Kontinjen Twin Tower telah dilancarkan dalam Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Twin Tower sempena Karnival Sukan Staf UMS (KARSUMS) 2025 pada 18 September 2025 (Khamis). 

 

Majlis penuh simbolik ini disempurnakan oleh YBrs. Encik Luqman Ridha Anwar dan turut dihadiri oleh Ketua Kontinjen Twin Tower, Encik Hasmi Hashim, Pengarah Pejabat Canselori dan turut dihadiri Encik Sirahim Abdullah, Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Dr. Rizal Zamani Idris, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat (PKK) dan wakil daripada Jabatan Bendahari, Puan Siti Khadizah Yaakub.

 

E-Buletin Kontinjen Twin Tower merupakan sebuah terbitan yang menghimpunkan pelbagai momen menarik sepanjang karnival sukan bermula dari proses pemilihan sukan, sesi latihan intensif, pasukan sorakan yang penuh semangat hingga ke detik mendebarkan perlawanan. Setiap halaman menggambarkan komitmen, kerjasama dan semangat juang para peserta yang bukan sahaja bertanding untuk menang tetapi juga untuk memperkukuh silaturahim sesama staf.

 

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Editor dan juga Penulis e-Buletin Kontinjen Twin Tower sempena Karnival Sukan Staf UMS (KARSUMS), Encik Elizer Ezral Dunsing dari Jabatan Bendahari di atas dedikasi, komitmen dan usaha gigih dalam menerbitkan e-buletin ini yang telah berjaya merakamkan detik-detik indah dan semangat kesukanan warga UMS khususnya di Bangunan Canselori.

 

Pautan E-Buletin Kontinjen Twin Tower:

https://online.fliphtml5.com/TwinTowerKARSUMS/jedr/

 

#BukanCincai

#BertekadCemerlang

#UMSTheBrainofBorneo