Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

Borang Permohonan / Pencalonan Anugerah Khas Tun Canselor Sempena Majlis Anugerah Penyelidikan UMS Tahun 2025
 
Assalamualaikum & salam sejahtera
 
YBrs. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) mempelawa YBrs. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan untuk mengisi borang permohonan / pencalonan Anugerah Khas Tun Canselor Sempena Majlis Anugerah Penyelidikan UMS Tahun 2025.
 
Bersama-sama ini dilampirkan borang pencalonan / permohonan yang turut mengandungi kriteria pemilihan. Borang permohonan yang telah lengkap perlu dihantar melalui email (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) SEBELUM atau PADA 16 OKTOBER 2025, JAM 5.00 PETANG.
 
Untuk sebarang persoalan boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyelidik dari Bahagian Pengurusan Strategik & Kecemerlangan Penyelidikan PPP, En. Mohd. Aminur Faiz bin Suis di talian 0195372210 atau emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Digital UMS

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Sempena Sambutan Bulan DigitalUMS 2025 yang akan diadakan sepanjang Bulan Oktober 2025. Jabatan Digital mempelawa untuk penyertaan aktiviti yang akan diadakan seperti takwim dalam lampiran disertakan di bawah:
 
 BULAN DIGITALUMS
 
Mari sertai & kongsikan penyertaan latihan@ aktiviti Bulan DigitalUMS  terbaik untuk anda! 
🔹 Terbuka kepada staf, pelajar UMS dan Orang awam yang berminat menyertai
🔹 Sijil penyertaan dan mata idp disediakan
🔥 Jangan lepaskan peluang untuk inovasi, impak komuniti & kolaborasi anda!
👉 Sebarang maklumat lanjut penyertaan latihan sila hubungi staf berikut melalui emel di bawah:
 
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan EcoCampus

 

 
Pusat Pengurusan EcoCampus akan mengadakan Kursus Dalaman Infografik Untuk UI GreenMetrics: From Data To Impact pada 9 Oktober 2025 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Pengurusan EcoCampus. 
 
Kursus ini bertujuan memberikan latihan kemahiran tambahan kepada staf Pusat Pengurusan EcoCampus agar mampu menyampaikan informasi interaktif berkaitan UI GreenMetrics World University Rankings bagi tujuan penilaian penarafan tahunan seterusnya sebagai sumber maklumat terkini kepada warga UMS.
 
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik

 

Assalamualaikum wbt. YBrs.Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan.

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, sukacita kiranya YBrs.Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dapat meluangkan sedikit masa mengisi soal selidik Kajian Kepuasan Pelanggan dengan mengimbas Kod QR yang tertera atau pautan di bawah.

Link Pautan Kajian Kepuasan Pelanggan PPS:
https://bit.ly/pps-soalselidik

Maklum balas YBrs.Prof/Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan diucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Assalamualaikum WBT,
 
Pusat Islam UMS mempelawa kepada semua mahasiswa Universiti Malaysia Sabah yang menjalani pengajian secara sepenuh masa untuk memohon bantuan zakat pelajar bagi Semester 1 Sesi 2025/2026.
 
📍 Permohonan ini dibuka pada 13hb Oktober 2025 (Isnin) sehingga 17hb November (Isnin) 2025 dan permohonan ditutup pada jam 11:59pm.
 
🔗 Permohonan adalah atas talian melalui website SMP pelajar UMS: https://smp.ums.edu.my/
 
Diharapkan semua pemohon yang memohon bantuan zakat menepati syarat am permohonan seperti yang tertera pada poster hebahan.
 
Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi:
☎️Hotline Pusat Islam UMS: 088-320 624
✉ Emel Zakat UMS: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
#membangunbersamaasnaf
#menyantuniasnafpelajar
#zakatmembawaberkat
#UMSshare