Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

Garis Panduan Dana Inovasi Sosial (DIS) Tahun 2026 
Slaid Taklimat Dana Inovasi Sosial (DIS) Tahun 2026
Borang Permohonan Bagi Dana Inovasi Sosial (DIS) 2026   
 
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
 
 YBrs. Datuk Prof./Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
HEBAHAN PEMBUKAAN PERMOHONAN GERAN DANA INOVASI SOSIAL (DIS) KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) TAHUN 2026
 
Dengan hormatnya merujuk perkara di atas. 
 
2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah membuka permohonan Dana Inovasi Sosial (DIS) PADA 26 Januari 2026 (Isnin) hingga 6 Februari 2026 (Jumaat). Permohonan ini adalah terbuka kepada semua kakitangan akedemik UMS.  Permohonan Dana Inovasi Sosial (DIS) melibatkan kerjasama strategik antara penyelidik dan perusahaan sosial (SE) dengan tempoh maksimum pelaksanaan projek selama 12 bulan. Permohonan terbuka kepada dua (2) model seperti berikut:
 
Model Perintis
Model Impak Lestari
Terbuka kepada perusahaan sosial (SE) yang diberi penarafan Tunas Perusahaan Sosial (Aspiring SE) atau Perusahaan Sosial Asas (Basic SE-SE.B) oleh KUSKOP
 
Terbuka kepada perusahaan sosial (SE) yang diberi penarafan Perusahaan Sosial Asas (Basic SE-SE.B) atau Perusahaan Sosial Diakreditasi (Accredited SE-SE.AC) oleh KUSKOP
Siling peruntukan sehingga RM150,000.00
Siling peruntukan sehingga RM250,000.00
Memenuhi kriteria penarafan Tunas Perusahaan Sosial (Aspiring SE) atau Perusahaan Sosial Asas (Basic SE-SE.B) oleh KUSKOP
Memenuhi kriteria penarafan Perusahaan Sosial Asas (Basic SE-SE.B) atau perusahaan Sosial Diakreditasi (Accredited SE-SE.AC) oleh KUSKOP
 
3.    Sehubungan itu, semua permohonan yang telah melepasi saringan di peringkat institusi akan dikemukakan kepada pihak kementeriaan SEBELUM ATAU PADA 23 FEBRUARI 2026 untuk tindakan selanjutnya.  YBrs. Datuk Prof./Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dimohon untuk memanjangkan hebahan pembukaan permohonan ini kepada semua kakitangan akedemik UMS. Bersama-sama ini dilampirkan Garis Panduan Dana Inovasi Sosial (DIS) Tahun 2026, Slaid pembentangan, Borang dan Takwim permohonan.
 
Perhatian dan kerjasama  YBrs. Datuk Prof./Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 
 
 
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 

 

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, mohon kerjasama Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik Kajian Kepuasan Pelanggan melalui QR Code tersebut. Maklumbalas anda amatlah kami hargai. Hasil kajian akan digunakan untuk menambah baik perkhidmatan kepada pelanggan pada masa hadapan. 

Sila imbas kod QR di atas atau melalui Pautan: https://shorturl.at/EyI64

Terima kasih atas maklum balas anda.

 

 

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS 

 

KEMPEN INFAK HELWA 
Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS)
 
Mari bersama-sama menyemarakkan amalan infak berterusan bagi menyokong pelaksanaan Kelas Mengaji HELWA serta aktiviti dakwah di bawah Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS).
 
Sumbangan yang disalurkan akan dimanfaatkan untuk:
📘 Kelas Mengaji Kakitangan UMS & Orang Awam
🎓 Kelas Mengaji Pelajar UMS
📖 Bengkel / Kelas Tajwid
👥 Program Pembangunan Kemahiran Wanita
🤍 Program Kerohanian Wanita
🕌 Program Tadarus & Majlis Khatam Al-Quran
📖 Pembelian Al-Quran, Iqra’, buku tajwid dan rehal
 
📲 Cara Menyumbang (e-Payment):
1. Layari pautan:
👉 https://epayment.ums.edu.my/HelwaFee.aspx
 
2. Klik Bayaran Pusat Islam UMS
3. Pilih Bayaran Helwa Pusat Islam UMS
4. Pilih Infak HELWA dan isikan maklumat
5. Pilih kaedah bayaran FPX atau Kad Kredit
 
💳 Sumbangan Pantas:
Imbas Kod QR yang tertera pada poster
 
“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga: sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat…”
(Riwayat Muslim)
 
📞 Hotline Pusat Islam UMS:
☎️ 088-320626
 
#InfakHELWA
#UMSshare
#UMSBrainOfBorneo
#SedekahJariah

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar

 

Iklan Jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Surat Hebahan Jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
CV Kepimpinan 
Cadangan KPI

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mempelawa staf akademik di organisasi YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Tuan/Puan yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) di UniMAP.

 
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Januari 2026 (Jumaat), jam 5.00 petang.
 
Iklan jawatan adalah seperti mana di lampiran. Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada:
 
Pendaftar
Jabatan Pendaftar,
Universiti Malaysia Perlis,
Aras 1, Canselori Tuanku Syed Sirajuddin,
Kampus Alam UniMAP Pauh Putra,
02600 Arau, Perlis.
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  
Sebarang pertanyaan berhubung permohonan boleh dikemukakan kepada Cik Norzaililah binti Zainoddin, Timbalan Pendaftar, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Perlis di talian 04-9414412 atau emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Tuan/ Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.