Pengumuman Daripada: Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains

 

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
PEMAKLUMAN PERKHIDMATAN INSTRUMEN DI PUSAT INSTRUMENTASI DAN PERKHIDMATAN SAINS (PIPS)
 
Sukacita dimaklumkan bahawa poster hebahan berkaitan perkhidmatan instrumen yang disediakan oleh Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS), Universiti Malaysia Sabah dilampirkan bersama untuk makluman dan rujukan YBhg. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan.
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Integriti UMS

 

HENTIKAN VANDALISME : LINDUNGI UNIVERSITI KITA
 
#IntegrityMatters #BudayaIntegriti #CegahRasuah
 
Integriti Teras Keunggulan UMS
 
Dikeluarkan oleh : 
Bahagian Integriti UMS (BIUMS)

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
 
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, 
 
Dikongsikan poster Refleksi Integriti Jabatan Bendahari Bil.2/2025 : "Swipe Dulu, Jawab Nanti: Elakkan Salah Guna Kad Kredit Jabatan" sebagai peringatan bersama. Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai. 
 
Sekian & terima kasih. 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

 

📢 SEMINAR REVOLUSI PERUNDANGAN OSH UMS 2025! 📢
Jangan lepaskan peluang untuk memahami pindaan terbaru Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Pindaan 2022) serta tanggungjawab institusi pengajian tinggi.
 
📆 2 Julai 2025 (Rabu)
⏰ 8:30 Pagi - 4:30 Petang
📍 Galeri Majlis, Aras 3, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Sabah
Sertai kami untuk sesi informatif bersama penceramah pakar dari JKKP!
 
#OSH #KeselamatanDanKesihatanPekerjaan #UMS #SeminarOSH #AktaKeselamatanPekerjaan #JKKP #COSHUMS 

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pemantauan & Pematuhan, Jabatan Bendahari

 

 

 

Tahukah Anda Ketidakpatuhan Kewangan Boleh Menyebabkan Tindakan Tatatertib/Surcaj Kepada Pegawai Universiti yang terlibat dengan ketidakpatuhan berkenaan dan didapati "bersalah"?🔺 
 
Sehubungan dengan itu, Sektor Pemantauan & Pematuhan, Jabatan Bendahari UMS berbesar hati menjemput seluruh warga UMS untuk menghadiri Ceramah Integriti Kewangan: Penipuan Di Kalangan Pegawai Universiti (Etika & Kepatuhan Tadbir Urus Kewangan) yang akan diadakan seperti ketetapan berikut;
 
📆 Tarikh   : 1 Julai 2025 (Selasa) 
🕝 Masa    : 9.00 pagi
🛰 Tempat   : Secara Atas Talian (Webex)
 
✅ Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga Universiti Malaysia Sabah (UMS)
✅ Markah IDP akan diberikan
 
Sesi Ceramah boleh diakses melalui pautan seperti berikut:
 
🛰 Pautan Sesi Ceramah :
 
❓Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Urus setia seperti berikut:-
📱www.wasap.my/6019-8007108 (Encik Jipin Helion)
📞Ext: 200503
🖥️ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
(Sektor Pemantauan dan Pematuhan)