Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan, UMS

 

Warga Kampus yang dihormati sekalian, JPP perlu membuat penutupan bekalan elektrik seperti butiran berikut:

 

Tarikh: 5hb Disember 2021 (Ahad)

Anggaran Tempoh: 7 jam (8:00 pagi- 3:00 petang)

Tujuan: Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan Sistem Elektrik Voltan Tinggi.

Lokasi yang telibat: Bangunan FSSA

*Penutupan bekalan elektrik akan dilaksanakan mengikut blok bermula dengan Blok A&D kemudian Blok B, Chiller Plant dan akhir sekali ialah Blok C&E.

 

Sekiranya terdapat sebarang halangan bagi meneruskan kerja di atas, pihak tuan/puan boleh menghubungi Jurutera Elekrik Kanan, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (Puan Nurul Ain Binti Abdullah - 013-8791017).

 

JPP amat menghargai kesabaran anda dan segala kesulitan amatlah dikesali.

 

Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UMS

 

Untuk makluman, emel yang bertajuk "[TINDAKAN SEGERA] JUMLAH KERJA MENUNGGU DI DALAM SISTEM APLIKASI ICLAIM V2" adalah notifikasi pengujian dan dimohon pihak pengguna untuk mengabaikan notifikasi emel yang bertarikh 2 Disember 2021 tersebut.

 

Walaubagaimana pun emel notifikasi yang akan dihantar melalui sistem selepas tarikh yang dinyatakan di atas adalah notifikasi yang sah.

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam, UMS

 

 

Tajuk :  Risalah Jumaat Bil 11/2021

Tarikh Terbitan :  03 Disember 2021| 28 Rabiulakhir 1443h

Klasifikasi Edaran :  Untuk Edaran Umum

Diterbitkan Oleh : Sektor Pendidikan, Penerbitan Dan Zakat, Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah, Jln. UMS, 88400 Kota Kinabalu

 

Teruskan membaca dengan menekan pautan berikut: https://bit.ly/Risalah-Jumaat-Bil-11-2021

 

Sekian dan terima kasih.