Pengumuman Daripada: Fakulti Komputeran & Informatik
Subjek: Promosi Perkhidmatan My Cybersecurity Clinic di Fakulti Komputeran & Informatik UMS

Sukacita dimaklumkan bahawa kami, MyCybersecurity Clinic (MyCSC@UMS) di Fakulti Komputeran & Informatik UMS Kota Kinabalu menyediakan perkhidmatan pemulihan data, sanitasi data dan pelupusan cakera keras dengan harga yang berpatutan. Potongan sehingga 50% diadakan dalam tempoh promosi kami sekarang.
Waktu operasi kami adalah dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang setiap hari (kecuali Sabtu dan Ahad termasuk cuti umum).

Pengumuman Daripada: Pusat Islam, UMS
Subjek: Program Bicara Ilmu: Fiqh Ibadah Qurban Dan Akikah, Peringkat UMS 1441H/2020M

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

YBhg. Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan

PROGRAM BICARA ILMU: FIQH IBADAH QURBAN & AKIKAH
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pusat Islam, UMS akan mengadakan program tersebut pada ketetapan berikut:

? Tarikh Program: 10 Julai 2020 (Jumaat)

? Masa: 2.30 Petang

Penceramah: Ust. Dr. Sarip Adul (Pengarah Pusat Islam, UMS)

Aplikasi/ Media: FB Live, Pusat Islam UMS & Google Meet: Meeting URL: https://meet.google.com/zbj-uweu-pok

Sekian, Terima Kasih.

UMS KAMPUS RAHMAH

Pusat Islam,
Universiti Malaysia Sabah.

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Data dan Maklumat
Subjek: Borang Soal Selidik Kepuasan Pelanggan PPDM

Sukacita dimaklumkan PPDM telah mengedarkan  Borang Soal Selidik Kepuasan Pelanggan PPDM bagi meningkatkan mutu perkhidmatan PPDM. Borang tersebut boleh diakses melalui imbasan kod QR dibawah atau dengan mengklik di sini.