Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

Subjek: Jemputan Menyertai Sesi Perkongsian Ilmu Dalam Penerbitan Jurnal Berimpak Bertajuk Secrets Of Good Scientific Paper Writing And Successful Publishing, Universiti Malaysia Sabah Secara Atas Talian.

 

YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Adalah dimaklumkan bahawa, Sesi Perkongsian Ilmu Dalam Penerbitan Jurnal Berimpak, UMS bertajuk Secrets of Good Scientific Paper Writing and Successful Publishing, yang akan disampaikan oleh speaker jemputan iaitu YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, FASc., Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Sains Malaysia, akan diadakan pada ketetapan berikut;

Tarikh:           3 Julai 2020 (Jumaat)

Masa:             10:00 pagi - 11:30 pagi

Kaedah:         Cisco Webex melalui pautan:

https://ums-edu.webex.com/ums-edu/j.php?MTID=mbade23e3764b68fade03e0f7825ddf20                   

  1. Sehubungan itu, pihak PPPI dengan segala hormatnya menjemput YBrs. Prof. Datuk/ Prof./ Prof.Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan untuk bersama-sama menyertai sesi perkongsian tersebut di atas. Kerjasama YBrs. Prof. Datuk/ Prof./ Prof. Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan juga adalah dipohon agar dapat mewar-warkan jemputan ini kepada kumpulan kakitangan akademik di bawah seliaan masing-masing.
  2. Sekiranya pihak YBrs. Prof.Datuk/ Prof./ Prof.Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan mempunyai sebarang soalan berkaitan dengan tajuk sesi perkongsian yang ingin diajukan kepada speaker berkenaan, mohon agar pihak YBrs. Prof.Datuk/ Prof./ Prof.Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan dapat mengemukakannya kepada pihak urusetia iaitu Pn. Alizah Fadzlur melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau selewat-lewatnya pada 28 Jun 2020 (Ahad).
  3. Bersama ini disertakan poster jemputan sebagai rujukan. Kerjasama YBrs. Prof.Datuk/ Prof./ Prof.Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan, dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang ikhlas,

 

Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

Subjek: Pelawaan Menyertai Ibadah Korban & Akikah Sempena Aidiladha 1441H/2020M, UMS

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa penyertaan Ibadah Korban & Akikah Peringkat UMS telah dibuka untuk tempahan seperti maklumat berikut:

? Tarikh tutup Penyertaan pada: 21 Julai 2020 (Selasa)
? Tempat: Masjid UMS, Pusat Tahfiz & Kampung Terpilih Sekitar Negeri Sabah
? Pakej & Gred: 
(Pakej A RM750.00 = 1 Bahagian)
(Pakej B RM650.00 =1 Bahagian)
 
  • Untuk tempahan & pertanyaan lanjut, sila berhubung urusetia berikut:
 
1. Ust. Binik Majuril (https://IBADAHKORBANUMS2020.wasap.my)
 
2. Ust Mahmud Mahanis (https://IBADAHKORBANUMS1441.wasap.my)
 

 

Pengumuman : Perpustakaan UMS
Subjek: Kajian Kepuasan Pelanggan Perpustakaan
 
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
 
Pengguna yang dihormati,

Perpustakaan UMS sedang menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan bagi meningkatkan perkhidmatannya. 

Kajian ini akan mengambil masa lebih kurang 10 saat sahaja untuk dilengkapkan. 

Sehubungan dengan itu, semua pengguna adalah dialu-alukan untuk memberi maklumbalas dengan mengimbas kod QR  atau melalui pautan dibawah;
 

Maklumbalas anda amatlah kami dihargai.
 
 Terima kasih.