Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Red Ribbon Talk 2025 akan diadakan pada ketetapan berikut:

📅 Tarikh : 26 Jun 2025 (Khamis)
🕗 Masa : 8.00 Pagi – 2.00 Petang
📍 Lokasi : Galeri Majlis, Bangunan Canselori UMS

Sama-sama kita mendengarkan perkongsian yang memberikan pendedahan menyeluruh tentang bahaya HIV/AIDS dari sudut kesihatan, agama dan sosial. Forum ini akan menampilkan panelis-panelis berpengalaman seperti:

1. Prof Madya Dr Mohd Nazri Mohd Daud (Ketua Program Perubatan Keluarga, HUMS)
2. ⁠Dr Trixie M Tangit (Pensyarah Kanan, FSSK)
3. ⁠En Adzrin Mumin (NGO, JEJAKA)
4. ⁠Puan Winnie Veronica Bian (Pegawai Kaunseling, Klinik Kesihatan Menggatal)
5. ⁠Dr Solleh Razak (FIS, UMS)
6. ⁠Rev. Fr. Peter Abas (Stella Maris Catholic Church Tanjung Aru)
7. ⁠Brother Yap Por Chik (Mettirayama)

✅ Mata SDP dan Sijil disediakan

Jom sama-sama sertai kami!

#RedRibbonTalkFSSK2025
#MahasiswaSihat
 

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

Koleksi Digital Serambi Ilmu Rakyat

 

KOLEKSI DIGITAL SERAMBI ILMU RAKYAT (SIR) [Akses PERCUMA]

Jom layari bahan bacaan koleksi digital SIR yang boleh diakses melalui laman web SIR:
🌐https://elibrary.yayasanbankrakyat.com.my

⏩Ikuti langkah-langkah dalam poster untuk akses kepada setiap pangkalan data yang disenaraikan.

Selamat meneroka😊

#SerambiIlmuRakyat
#PerkongsianMaklumat
#TingkatkanIlmu
#KekalBerhubung
#PerpustakaanUMS
#UMSLibraryShare

 

Pengumuman Daripada: Unit Infra, Pejabat Canselori

 

NOTIS MAKLUMAN
 
Dimaklumkan bahawa kerja-kerja mengecat dinding lobi utama bangunan Canselori akan dijalankan pada 21 Jun 2025 (Isnin) sehingga 29 Jun 2025 (ahad)
 
Sehubungan itu, mohon kerjasama semua kakitangan agar sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut atau menggunakan laluan lain sehingga kerja-kerja selesai.
 
Kerjasama anda sangat dihargai. Mohon maaf atas kesulitan yang dihadapi. 
 
Sekiranya terdapat pertanyaan berhubung perkara ini bolehlah berhubung dengan En. Fitrie Zulhilmi Mahali di nombor 016-8425292 atau En. Cheristopher J. Petrus di nombor 014-6995010 di alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.