
PENGUMUMAN DARIPADA: BAHAGIAN PERKHIDMATAN AKADEMIK
SUBJEK: MEMOHON SUMBANGAN IKHLAS SEMPENA PROGRAM CSR PENYERAHAN SURAT TAWARAN CALON B40 SESI 2019/2020
Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera,
Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
MEMOHON SUMBANGAN IKHLAS SEMPENA PROGRAM CSR PENYERAHAN SURAT TAWARAN CALON B40 SESI 2019/2020
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perkhidmatan Akademik dengan kerjasama beberapa Fakulti dan Jabatan yang lain akan mengadakan program CSR tersebut bermula 16 sehingga 20 Ogos 2019.
Sehubungan dengan itu, pihak BPA menjemput semua warga UMS yang ingin membuat sumbangan ikhlas untuk diagihkan kepada keluarga calon yang akan menerima tawaran kemasukan bagi Sesi 2019/2020 yang akan datang.
Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini bolehlah menghubungi Pn. Fauziyah Hj. Jakir di talian Samb : 692109. Kerjasama dan perhatian Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini, terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Bahagian Perkhidmatan Akademik | UMS
PENGUMUMAN DARIPADA: UNIT KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
SUBJEK: IKLAN KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN OGOS 2019
PENGUMUMAN DARIPADA: DEKAN, PENGURUSAN & WARGA FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN, UMS
SUBJEK: UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2019/1440H
PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPPI)
SUBJEK: PEMBUKAAN PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN GERAN BANTUAN PENYELIDIKAN PASCASISWAZAH (UMSGreat) FASA 2/2019
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat) Fasa 2/2019 bakal dibuka.
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan masing-masing menerusi Sistem Maklumat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (SMPPI), http://ppi.ums.edu.my/SMPPPI/default.aspx dan mengambil perhatian ke atas tarikh-tarikh penting seperti yang berikut:
Tempoh Pengisian Permohonan dalam SMPPI | Tempoh Semakan dan Perakuan oleh PPPI | Tempoh Penilaian Permohonan oleh Jawatankuasa Induk UMSGreat |
17 Ogos – 7 September 2019
| 9 – 20 September 2019 | 30 September 2019 |
Untuk makluman, permohonan geran penyelidikan ini juga dibuka kepada para pelajar pascasiswazah mod kerja kursus sepenuh masa yang mana kursus yang diambil mempunyai elemen penyelidikan.
Dilampirkan bersama ialah Garis Panduan UMSGreat berserta borang penilaian pembentangan kertas cadangan penyelidikan (proposal defense).
Sekian, terima kasih.
Garis Panduan UMSGreat (.pdf)
Borang Penilaian Pembentangan Kertas Cadangan Penyelidikan (.docx)
Terma Pengguna | Penafian | Dasar Privasi | Polisi Keselamatan | Dasar Hak Cipta | Paparan Terbaik 1366x768