Pengumuman Daripada
: Jabatan Pendaftar
Subjek
: Jemputan Ke Program CEO @ Fakulti Syarahan Perdana Oleh Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
 
Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
 
Sukacita dimaklumkan Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan Program CEO @ Fakulti Syarahan Perdana bertajuk “Transformasi Perkhidmatan Awam” yang disampaikan oleh YBhg. Tan Seri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
 
Tarikh
: 22 November 2016 (Selasa)
Masa
: 8.30 pagi
Tempat
: Dewan Canselor
 
Sehubungan itu, kehadiran Y.Bhg Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah DIWAJIBKAN. Sebarang ketidakhadiran perlu mengemukakan surat tunjuk sebab kepada Pendaftar. Bagi kakitangan Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) dan Fakulti Pertanian Lestari (FPL), syarahan tersebut boleh diikuti menerusi Video Conference. Kehadiran pada program ini akan diberikan mata IDP. Bersama ini dilampirkan atur cara program untuk rujukan dan tindakan selanjutnya Y.Bhg Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan.
 

Pengumuman Daripada
: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Subjek
: Penutupan laman sesawang Untuk Tujuan Penyelenggaraan
 
Dimaklumkan bahawa capaian ke laman web rasmi UMS ditutup sementara bagi memberi ruang kepada kerja-kerja penyelenggaraan.
 
Tarikh: 14 November 2015
Masa: 7.00 pagi - 1.00 petang
 
Dijangkakan akan berlaku gangguan capaian ke semua website di bawah domain UMS sepanjang aktiviti penyelenggaraan dilakukan.
 
Segala kesulitan amat kami kesali.

Pengumuman Daripada
: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Subjek
: Penutupan Sistem-Sistem Aplikasi Untuk Tujuan Penyelenggaraan
 
Dimaklumkan bahawa capaian ke sistem aplikasi UMS ditutup sementara bagi memberi ruang kepada kerja-kerja penyelenggaraan. Sistem-sistem terlibat:
 
 
Dari
Hingga
*E-attendance
11-11-2016 (10pm)
12-11-2016 (2pm)
Sisef
11-11-2016 (10pm)
12-11-2016 (8am)
FPX
11-11-2016 (10pm)
12-11-2016 (3am)
Website12-11-2016 (10pm)13-11-2016 (8am)
 
Dijangkakan akan berlaku gangguan capaian sistem aplikasi UMS sepanjang aktiviti penyelenggaraan dilakukan. 
*Perakam waktu masih berfungsi
 
Segala kesulitan amat kami kesali.