PENGUMUMAN DARIPADA: KOPERASI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BERHAD (KoUMS)
SUBJEK HEBAHAN:  MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KoUMS KALI KE-11
PEGAWAI DIHUBUNGI: EN. KUSNADI NURDIN
 
Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh berlansungnya Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-11 KoUMS yang akan diadakan pada 27 September 2016 tahun ini.  
 
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama YBhg. Prof. Datuk, Datin, Dr. Tuan dan Puan untuk mengembalikan borang permohonan di Pejabat Koperasi UMS Berhad di Bangunan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (Anjung Siswa) pada 19 September 2016 hari isnin atau faks terus di no faks 088320713.
 
Lampiran:

PENGUMUMAN DARIPADA : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR
 
STATUS : PELAWAAN BAGI PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN                   
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Pendaftar mempelawa kakitangan berstatus tetap dan telah memenuhi kriteria Pengesahan Dalam Perkhidmatan dengan mengisi borang permohonan melalui http://www.ums.edu.my/pendaftar/V2/index.php/en/easy-access/borang-borang. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pendaftar selewat-lewatnya atau pada 13 Oktober 2016. 
 
Sekian, terima kasih.
 

PENGUMUMAN DARIPADA: URUSETIA KEKAUMAS
SUBJEK: KEJOHANAN BOLING BERPASUKAN PIALA KEKAUMAS 2016
 
Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Sabah (KEKAUMAS) akan menganjurkan Kejohanan Boling Berpasukan Piala KEKAUMAS 2016 untuk julung kalinya. Objektif kejohanan ini diadakan supaya dapat mewujudkan budaya gaya hidup sihat dan daya saing di samping ahli-ahli KEKAUMAS serta memberi peluang kepada ahli agar dapat berinteraksi dan bersosial.
 
BUTIRAN PERTANDINGAN
Tarikh Pertandingan: 12 November 2016
Tempat: My Bowl, 1 Borneo Hypermall
Masa:  9.00 pagi – 2.00 Petang
Yuran: RM 60.00 untuk setiap pasukan
Syarat Penyertaan: 
  • Terbuka kepada ahli KEKAUMAS sahaja.
  • Setiap pasukan diwakili oleh 3 orang pemain aktif (tiada had tertentu pemain lelaki atau wanita) dan mesti mewakili Jabatan/Fakulti/Pusat/Institut/Unit yang sama.
  • Setiap Jabatan/Fakulti/Pusat/Institut/Unit boleh menghantar maksimun 2 pasukan.
 
YURAN DAN TARIKH TUTUP PENYERTAAN
Pembayaran yuran penyertaan RM 60.00 adalah secara tunai dan perlu diserahkan kepada :
En. Rahmat Bin Kasmin (013-854 0362)
Pn. Zaitun Binti Marjan (012-878 5560)
 
Borang penyertaan hendaklah dikembalikan kepada penganjur sebelum atau pada 28 Oktober 2016.
 
Untuk keterangan lebih lanjut mengenai kejohanan ini sila hubungi:
 
En. Othman Bin Hj  Rawi (012-843 2868)
En. Harun Bin Tambiri ( 010-810 8538) 
 
Sekian, terima kasih.
 
“SETIA BERSAMA”
 
 

PENGUMUMAN DARIPADA: SEKSYEN KEMAJUAN KERJAYA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR  
SUBJEK: IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN  INOVASI)  UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
 
YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr.,
 
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mempelawa kakitangan akademik yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) di Universiti tersebut dengan mengemukakan:
  1. Curriculum Vitae (CV) yang lengkap dan terkini berserta gambar berukuran pasport; dan
  2. Key Performance Indicator (KPI) dan ringkasan mengenai perancangan sekiranya dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).
3. Bersama ini dilampirkan iklan jawatan untuk makluman dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 September 2016 (Jumaat).
 
Sekian.