PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PERPUSTAKAAN
SUBJEK: MAKLUMAN SISTEM MAKLUMAT PERPUSTAKAAN (VIRTUA) AKAN DITUTUP BAGI MEMBERI LALUAN KERJA-KERJA NAIKTARAF YANG AKAN BERMULA PADA 27-29 SEPTEMBER 2016
 
Adalah dimaklumkan bahawa sistem maklumat perpustakaan (Virtua- webvirtua.ums.edu.my) tidak akan beroperasi pada 27-29 September 2016 (Selasa- Khamis). Perpustakaan UMS memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi. Terima kasih
 
Please be informed that our Library Management System (Webvirtua - webvirtua.ums.edu.my) will be unavailable from 27th - 29th September 2016 (Tuesday - Thursday). We are sorry for the inconvenience caused. Thank you.

 

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, UMS
SUBJEK: PEMBERITAHUAN PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PERALATAN KOMPUTER DAN SOKONGAN BAGI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Sukacita dimaklumkan Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (JTMK) telah melantik Syarikat Soligrand Enterprise sebagai kontraktor yang dilantik untuk tujuan di atas, tempoh lantikan syarikat tersebut adalah bermula pada 15 september 2016 hingga September 2018 (2 tahun).
 
3.       Untuk makluman Y.Bhg. Prof. Datuk/Datin/Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan, Syarikat yang dilantik akan menjalankan penyelenggaraan komputer dan peripheral di J/f/P/S/I/U/B bagi yang tersenarai di dalam sistem I-Aset Universiti.  Sehubungan itu, Y.Bhg. Prof. Datuk/Datin/Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan, jika terdapat sebarang masalah berkaitan dengan perkakasan ICT bolehlah berhubung di talian aduan rasmi JTMK seperti yang tertera dibawah:
                                              i.        TAM’S url: http://aset.ums.edu.my/myserv
                     ii.        Whatsapp: 0109320234
                    iii.        E-Mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
                    iv.        Direct Line: 613100 / 3888 
 
4.       Dimaklumkan semua kontrakor yang dilantik oleh pihak JTMK WAJIB menggunakan pakaian rasmi bertugas berserta dengan tanda nama. Dilampirkan pakaian rasmi Syarikat kontraktor yang dilantik untuk rujukan pihak Y.Bhg. Prof. Datuk/Datin/Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan.
 
Kerjasama dan perhatian Y.Bhg. Prof. Datuk/Datin/Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan, dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
  • Uniform Rasmi Syarikat Soligrand

PENGUMUMAN DARIPADA : BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SUBJEK : MAKLUMAN PENYELENGARAAN MESIN PENCETAK KAD UNTUK KAD PELAJAR, STAF DAN PEKERJA KONTRAK
PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI:  INSP/PB RAKAM SINGH A/L KARAM SINGH (SAMB. 5144) atau PUAN MARLIANA JOHN SAMB. 1783
 
 
Adalah dimaklumkan bahawa mesin pencetak kad yang lama untuk kad pelajar, staf dan pekerja kontrak mengalami kerosakan dan sedang diselenggara oleh syarikat pembekal.
 
Bahagian ini juga dalam proses untuk memperolehi mesin pencetak kad yang baharu sebagai tambahan kepada pencetak sedia ada.
 
Sehubungan itu, buat masa ini hanya proses mengambil gambar serta data pemohon sahaja dilaksanakan sehingga mesin pencetak kad diperolehi semula.
 
Pemakluman semula akan dihebahkan apabila Kaunter Kad dapat beroperasi seperti sedia kala.
 
Waktu operasi Kaunter Kad bermula jam 8.00 Pagi hingga 4.00 Petang (Isnin Hingga Sabtu).  Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pejabat Bahagian Keselamatan Di Talian 088-320111.
 
Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali dan disusuli permohonan maaf.
 
Perhatian dan kerjasama berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian, Harap Maklum.
 

PENGUMUMAN DARIPADA : PUSAT JARINGAN INDUSTRI & KOMUNITI (CICN), ARAS 1, BANGUNAN PUSAT PENGAJIAN PASCASISWAZAH
SUBJEK  : ROADSHOW PERMOHONAN SKIM GERAN DI BAWAH KNOWLEDGE TRANSFER PROGRAM (KTP) BAGI SKIM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT PELAN “ROLLING” PERTAMA (2016) 
SAMBUNGAN  URUSETIA: 612 205/612 502
 
YBRS  PROF./PROF. MADYA/DR./TUAN/PUAN,
 
Skim Geran KTP dibuka kepada semua kakitangan akademik UMS mulai 15 September 2016 (Khamis). Kepada kakitangan akademik yang berminat, satu taklimat khas berkenaan geran ini akan diadakan pada 20 September 2016, 3.30petang bertempat di Bilik Seminar 5-6, Aras 2, Bangunan Pusat Pengajian Pascasisawazah.
 
Jemputan dibuka kepada ahli akademik yang berminat untuk memohon geran ini. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara di atas (sekiranya ada) boleh disampaikan terus kepada pihak kami di sambungan 612 205 (Puan Norlie) atau 612 502 (Puan Asnezah) .
 
Perhatian dan kerjasama pihak Y.Brs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian.
 
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak kami di sambungan 612 202/612 205.