Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

Sepertimana YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan sedia maklum, program/projek penyelidikan yang diluluskan di bawah Dana Penyelidikan Kementerian pendidikan Tinggi (DP KPT) adalah tertakluk kepada pemantauan berjadual sepanjang tempoh pelaksanaan penyelidikan. Pemantauan ini bertujuan bagi memastikan pelaksanaan program/projek penyelidikan berjalan mengikut perancangan dengan mengambil kira pencapaian semasa prestasi fizikal dan kewangan serta memastikan proses pemantauan dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan.
 
Oleh yang demikian, mohon kerjasama dan perhatian daripada pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk membuat hebahan kepada ketua penyelidik di jabatan masing-masing untuk membuat pengemaskinian Laporan Prestasi melalui Borang Progress Report yang dilampirkan. Borang ini hendaklah dilampirkan bersama dokumen-dokumen pembuktian bagi menyokong laporan pencapaian prestasi fizikal dan kewangan (Data sehingga 31 Disember 2025) mengikut skim geran penyelidikan berikut :
 
1. Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2022 sehingga Fasa 1/2024
2. Skim Geran Penyelidikan Fundamental -Penyelidik Muda (FRGS-EC) Tahun 2024
3. Program Padanan Industri (IMaP) Tahun 2024.
 
Borang-borang berkenaan boleh dimuat turun melalui QR Code yang tertera di infografik yang disertakan. 
 
Laporan hendaklah dihantar melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 20 Februari 2026. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh menghubungi  Puan Rohani Binti Hadi ni nombor telefon : 016-803 2554  atau Encik Afendih Bin Ambrih di nombor : 013-8216167.
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

📢📢 Pemakluman Pembukaan Permohonan Skim Dana Penerbitan Artikel Fasa 1/2026 📢📢
 
Adalah dimaklumkan bahawa Penerbit UMS ingin menawarkan Dana Penerbitan Artikel Fasa 1 / Tahun 2026 seperti berikut:
 
Dana Penerbitan Artikel:
✅Skim Dana Penerbitan Artikel 1.0 (SDPA 1.0)
✅Skim Dana Penerbitan Artikel 2.0 (SDPA 2.0)
✅Skim Dana Penerbitan Artikel Dalaman (SDPAD)
✅Insentif Penerbitan Jurnal UMS berindeks MyCite dan ke atas
 
Garis Panduan, Borang Permohonan dan dokumen berkaitan boleh dicapai melalui laman sesawang rasmi Penerbit UMS di pautan berikut:
 
 
📌Borang yang lengkap boleh dihantar ke Pejabat Penerbit UMS, Aras Tiga, Bangunan Pusat Pengajian Pascasiswazah, Isnin-Jumaat, 9.00 pagi - 4.00 petang.
 
📌Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Dr. Sitty Nur Syafa: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
Cik Fatimah Abdurasyid : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
 
📋Permohonan dibuka bermula pada 02/02/2026
 
LIKE | FOLLOW | SHARE
Ikuti laman sosial rasmi PUMS,
Facebook: Penerbit UMS (Official)
Instagram: @penerbit_ums

 

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Skim Dana Penerbitan Buku (SDPB Siri 1/2026 dan Skim Dana Modul Pengajaran SDMP Siri 1/2026 kini dibuka!
 
Tarikh Buka: 2 Februari 2026
Tarikh Tutup: 2 Mac 2026
 
Garis Panduan, Borang Permohonan dan dokumen berkaitan boleh dicapai dengan melayari laman web Penerbit UMS atau melalui pengimbasan kod QR yang disediakan. Permohonan boleh dihantar ke Penerbit UMS, aras 2, Bangunan Pusat Pengajian Pascasiswazah, Isnin-Jumaat, 9.00 pagi - 4.00 petang.
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pn. Ainun: 013-8711716/ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
Pn. Alecia: 014-6777518/ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
Pn. Veronica: 014-5586647/ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  
 
Sekian, terima kasih.
 

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

 
Kepada kakitangan UMS yang telah memohon pendahuluan diri/pelbagai, mohon mengemukakan laporan pendahuluan mengikut tempoh yang ditetapkan bagi mengelak dikenakan PENALTI & POTONGAN GAJI.
 
Kerjasama dan perhatian  YBrs. Dr./ tuan/ puan didahului dengan ucapan terima kasih. 
 
Sekian.