Pengumuman Daripada: Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS)

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Prof. Dr/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
PEMAKLUMAN PROGRAM JERAYAWARA PUSAT INSTRUMENTASI DAN PERKHIDMATAN SAINS, UMS
 
Sukacita dimaklumkan, bersama ini dilampirkan poster hebahan berkaitan Program Jerayawara PIPS untuk rujukan dan makluman YBhg. Prof/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan.
 
Sekian, terima kasih.
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan 

 

Sukacita dimaklumkan kepada semua pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di peringkat Ijazah Sarjana Muda yang akan menjalani Latihan Industri pada semester seterusnya adalah dipelawa untuk menjalani latihan industri di Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP), UMS.
 
Apa yang kami sediakan?
- Suasana pengalaman bekerja di Universiti ✅
- ⁠Elaun pelatih bulanan RM500.00 ✅
- ⁠Masa Berkerja: 8 pagi sehingga 5 petang ✅
- ⁠Pengangkutan ❌
- ⁠Penginapan ❌
 
Jom sertai kami!
Hantar resume anda di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Kemasukan bermula bulan Julai - Disember 2024
 

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

Assalamualaikum WBT
 
Tuan/puan,
 
Pusat Islam UMS mengalu-alukan kepada kakitangan UMS yang telah mengalami musibah akibat bencana banjir kilat untuk mengemukakan permohonan bantuan bencana banjir melalui borang permohonan berikut;
 
📌 Borang permohonan bantuan bencana banjir;
 
 
📌Tarikh tutup permohonan: 5 Julai 2024 (Jumaat)
 
Sebarang Persoalan Sila hubungi:
 
Puan Noorisah (https://wa.me/60132855378)
Puan Kartini (https://wa.me/60198042698)
Cik Raisyah (https://wa.me/60168505856)
En. Hilmi (https://wa.me/60143919821)
 
#Bantuanprihatinbanjir
#Bantuankecemasanbanjir
#jomberzakat
#umsleadingtowardsinnovativesocieties

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Hal Ehwal Pelajar

 

YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 
Dimaklumkan bahawa, Jabatan Hal Ehwal Pelajar sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan kami.
 
Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan JHEP melalui pautan https://eoffice.ums.edu.my/e-respon/kepuasan_pelanggan.php?id=10&key=HEP atau mengimbas kod QR yang tertera di dalam poster di atas. 

Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan meluangkan masa mengisi borang kajian ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Kejuruteraan

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
 
Y.Bhg Datuk / Prof. /Dr. / Tuan/Puan,
 
Dimaklumkan bahawa Fakulti Kejuruteraan sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan fakulti dari semasa ke semasa.
 
Sehubungan itu, mohon jasa baik Y.Bhg. Datuk / Prof. / Dr. / Tuan/Puan meluangkan sedikit masa melengkapkan soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan di bawah :
 
1. Pautan Kajian Kepuasan Pelanggan, Fakulti Kejuruteraan: 
 
2. QR Kod Kajian Kepuasan Pelanggan, Fakulti Kejuruteraan, UMS 
 
Terima kasih berurusan dengan pihak FKJ dan menjadi responden dalam kajian kepuasan pelanggan ini.