Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 
Prof./Dr./Datuk/Tuan/Puan,
 
Peringatan kepada semua PEGAWAI PENILAI (PPP, PPK & PEER) yang MASIH BELUM membuat penilaian terhadap staf seliaan masing-masing bagi tahun penilaian 2024 agar mengambil tindakan SEGERA.
 
Kelewatan dalam membuat penilaian terhadap kakitangan akan menyebabkan implikasi berikut;
 
1. PYD tiada pergerakan gaji tahunan pada tahun 2025;
2. Tiada pelarasan gaji mengikut kadar kenaikan yang diumumkan kerajaan;
2. PYD tidak layak menuntut tunggakan pergerakan gaji tahunan jika lewat atas kecuaian sendiri;
3. PYD tidak layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat;
4. PYD tidak layak dicalonkan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC);
5. PYD mengalami kesukaran memproses urusan pencen; dan
6. PYD, PPP, PPK dan PEER boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan (3)(2)(i) Akta Badan-Badan Berkanun [Tatatertib dan Surcaj] 2000 [Akta 605] kerana ingkar perintah.
 
Segala kerjasama dan perhatian Prof./Datuk/Dr./Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Prof. Dr/ Prof. Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
PEMAKLUMAN PERKHIDMATAN INSTRUMEN YANG DISEDIAKAN DI PUSAT INSTRUMENTASI DAN PERKHIDMATAN SAINS (PIPS)
 
Sukacita dimaklumkan, bersama ini dilampirkan poster hebahan berkaitan perkhidmatan instrumen yang disediakan di Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS) Universiti Malaysia Sabah untuk rujukan dan makluman YBhg. Prof/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan.
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

PEMAKLUMAN PEMBAYARAN EMOLUMEN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN (PGT) BULAN JANUARI 2025 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan pemakluman ini bolehlah menghubungi:
💻📨 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
🌶️📲 088-329 068

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Assalamualaikum WBT,
 
Pusat Islam UMS mempelawa kepada semua mahasiswa Universiti Malaysia Sabah yang menjalani pengajian secara sepenuh masa untuk memohon bantuan zakat pelajar bagi Semester 2 Sesi 2024/2025.
 
📍 Permohonan ini dibuka pada 26 Mac 2025 (Rabu) hingga 23 April 2025 (Rabu).
 
🔗 Permohonan adalah dalam talian melalui website SMP pelajar UMS: https://smp.ums.edu.my/ 
 
Diharapkan semua pemohon menepati syarat am permohonan bantuan zakat seperti yang tertera dalam poster hebahan.
 
Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi:
☎Hotline Pusat Islam UMS: 088-320 624
✉Emel Zakat UMS:
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
 
#membangunbersamaasnaf
#menyantuniasnafpelajar
#zakatmembawaberkat
#UMSshare
 

 

Announcement From: Faculty of Computing and Informatics

 

The Faculty of Computing and Informatics, Universiti Malaysia Sabah (UMS), is pleased to announce the Call for Papers for the International Journal of Machine Intelligence and Computing (IJMIC).
The International Journal of Machine Intelligence and Computing (IJMIC) is an international peer-reviewed journal that focuses on emerging areas of machine intelligence and computing, including the broader impact of technologies on various aspects of society.
Types of Articles:
  • Original research articles
  • Reviews or surveys
  • Short communications
  • Dataset reports
Article Processing Charges:

FREE*

*promotional period - no APC until further notice.

For more information, please visit our webpage:
We look forward to receiving your article submission. In the meantime, we would appreciate it if you could help spread the word about this Call for Papers to your colleagues.

Editor-in-Chief
International Journal of Machine Intelligence and Computing (IJMIC)

Faculty of Computing and Informatics

Universiti Malaysia Sabah (UMS)