Pengumuman Daripada: Bahagian Perkhidmatan Akademik

 

TARIKH GANGGUAN/TEMPOH GANGGUAN
25 MAC 2025 HINGGA PULIH
KAWASAN TERJEJAS
KOMPLEKS DEWAN KULIAH PUSAT KE-2 (DKP BAHARU)
PUNCA GANGGUAN
KEROSAKAN PENDINGIN HAWA CENTRALIZED AIRCOND CHILLER
 
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
 
Bahagian Perkhidmatan Akademik (088-329067)
 
  1. Encik Gahzali bin Nurillah
  2. Encik Harmizul Sabudin
  3. Cik Henriettaliana Henry
 
Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan 
  1. Mohd Nadrie Hasfuan bin Hasanuddin (Ts.) - 104906

 

Pengumuman Daripada: Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

 

Batuk tak henti-henti ? Ini adalah simptom tuberkulosis (TIBI) yang anda perlu tahu!
 
Jangan anggap batuk berpanjangan itu biasa. Ketahui simptom TIBI dan jalani saringan penyakit TIBI di Pusat Rawatan Warga (PRW), Poliklinik UMS atau Klinik Kesihatan Berdekatan.
 
Penyakit TIBI boleh sembuh jika dirawat dengan betul!

 

Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

HUMSPharma Ramadan & Hari Raya Promotion 2025
Product Highlights
Balik Kampung Set Kit
Vivify Product
 
🌙✨ Ramadan & Raya 2025 Bersama HUMSPharma! ✨🌙
 
Selamat menjalani ibadah puasa! 🕌💚 Dapatkan keperluan kesihatan anda dengan PROMOSI ISTIMEWA sempena Ramadan & Hari Raya.
 
Jangan lepaskan peluang ini! Singgah ke HUMSPharma hari ini.
 
Selamat Berpuasa & Selamat Hari Raya! 🎉

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 
Prof./Dr./Datuk/Tuan/Puan,
 
Peringatan kepada semua KAKITANGAN yang MASIH BELUM mengisi dan menghantar borang penilaian prestasi tahun 2024 agar mengambil tindakan SEGERA.
 
Kegagalan untuk mengisi dan menghantar borang tersebut mengikut tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan implikasi berikut;
 
1. PYD tiada pergerakan gaji tahunan pada tahun 2025;
2. Tiada pelarasan gaji mengikut kadar kenaikan yang diumumkan kerajaan;
2. PYD tidak layak menuntut tunggakan pergerakan gaji tahunan jika lewat atas kecuaian sendiri;
3. PYD tidak layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat;
4. PYD tidak layak dicalonkan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC);
5. PYD mengalami kesukaran memproses urusan pencen; dan
6. PYD, PPP, PPK dan PEER boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan (3)(2)(i) Akta Badan-Badan Berkanun [Tatatertib dan Surcaj] 2000 [Akta 605] kerana ingkar perintah.
 
Segala kerjasama dan perhatian Prof./Datuk/Dr./Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pengurusan Harta & Risiko, Jabatan Bendahari

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Harta & Risiko, Jabatan Bendahari telah menyediakan hebahan infografik sebagai pemakluman kepada seluruh JAFPIB mengenai Tindakan Pelaksanaan Aktiviti Pelupusan Aset Alih Di semua JAFPIB UMS untuk tindakan.

 
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan boleh menghubungi Sektor Pengurusan Harta & Risiko di alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
 

Sekian. Terima Kasih