Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

 

 

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA KERJA PENYELENGGARAAN JALAN DI JALAN BANJARAN (BERHAMPIRAN SIMPANG KKTPAR SEHINGGA SIMPANG KE FPSK/HUMS & GATE KE-3) AKAN DILAKSANAKAN. BAGI MENJAMIN KESELAMATAN PENGGUNA JALAN DAN MELANCARKAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN PENGGUNA JALAN DINASIHATKAN UNTUK SENTIASA BERHATI-HATI SERTA MEMATUHI SEGALA ARAHAN DAN PAPAN TANDA KESELAMATAN BAGI MENGELAKKAN KEJADIAN YANG TIDAK DIINGINI. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.

TARIKH MULA: 26 JANUARI 2026 SEHINGGA 01 FEBRUARI 2026

SEKIAN DAN HARAP MAKLUM. 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Jaminan Kualiti

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Setinggi-tinggi tahniah kepada Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dengan Kepujian (MQA/ FA 16548), Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan UMS atas kejayaan memperoleh Perakuan Akreditasi Penuh daripada MQA. 
 
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga FPEP atas komitmen, dedikasi dan usaha berterusan dalam memastikan kualiti program akademik yang cemerlang. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan berterusan UMS.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

📢 PELAWAAN SUMBANGAN FOOD BANK MASJID UMS 🤲
 
Food Bank Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS) disediakan sebagai inisiatif kebajikan bagi membantu warga UMS yang memerlukan, khususnya pelajar dalam keperluan harian.
 
💚 Orang ramai dijemput untuk bersama-sama menyumbang dalam usaha murni ini.
 
🧺 SUMBANGAN YANG DITERIMA:
▪️ Makanan kering (beras, oat, biskut, makanan segera)
▪️ Makanan dalam tin
▪️ Minuman segera (3-in-1, teh, kopi)
▪️ Coklat, roti & snek ringan
▪️ Keperluan asas (sabun, ubat gigi, tuala, keperluan wanita)
 
📍 Lokasi: Food Bank Masjid UMS
🤝 "Hulurkan Rezeki, Suburkan Ihsan". 
Setiap sumbangan anda amat bermakna dan memberi manfaat besar kepada mereka yang memerlukan.
 
📞 Sebarang pertanyaan:
Encik Ghazali: 014-912 6809
Hotline Pusat Islam UMS: 088-320624
 
Mudah-mudahan setiap kebaikan yang disumbangkan menjadi amal jariah yang berpanjangan. 🌱
 
#FoodBankMasjidUMS
#KongsiRezeki
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare