Pengumuman Daripada: Bahagian Pentadbiran dan Governan

 

Bahagian Pentadbiran dan Governan (BPG), Jabatan Pendaftar sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan dan E-Rating Kaunter bagi tujuan penambahbaikan kualiti perkhidmatan secara berterusan.

Seluruh warga Universiti adalah dijemput untuk memberi maklum balas melalui pautan berikut:
🔗 Kajian Kepuasan Pelanggan:
🔗 E-Rating Kaunter:
Borang kajian ini juga boleh diakses dengan mengimbas kod QR yang disertakan dalam poster hebahan.
Maklum balas anda amat dihargai.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

INFAK DAPUR RAHMAH 
 
Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah membuka peluang Infak Dapur Rahmah Masjid UMS melalui potongan gaji HR Online UMS.
 
Sumbangan anda akan dimanfaatkan untuk: 
🍽 Program iftar sepanjang bulan Ramadan
🌙 Iftar Isnin & Khamis
🎟 Kupon dan pek makanan percuma aktiviti masjid
☕ Sarapan pagi percuma setiap Jumaat & Ahad
🤲 Pek makanan percuma Infak Anjung Rahmah
 
📖 Sabda Nabi SAW:
“Sesiapa yang memberi makan orang berpuasa, baginya pahala seumpamanya.”
(HR al-Tirmizi)
 
📲 Cara Menyertai:
HR Online v4.0 → Menu → Pusat Islam UMS → Infak → Infak Dapur Rahmah
 
📞 Hotline Pusat Islam UMS
☎️ 088-320626
 
Sedikit daripada kita, besar maknanya buat mereka.
Moga setiap rezeki yang diinfakkan menjadi amal jariah yang berpanjangan. 🤍
 
#InfakDapurRahmah
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

 

TATACARA PERMOHONAN PERLINDUNGAN HARTA INTELEK UMS SECARA DALAM TALIAN
 
Dimaklumkan bahawa Permohonan Perlindungan Harta Intelek UMS melalui dalam talian sahaja dan dibuka sepanjang tahun melalui Portal Kinabalu - Finance Management (iics).
 
Pemohon adalah dinasihatkan untuk memastikan permohonan dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan dan lengkap, kerana permohonan yang lewat atau tidak lengkap akan diproses pada sukuan seterusnya.
 
👉 Permohonan boleh dibuat melalui: https://iics.ums.edu.my
 
* Tertakluk kepada perubahan semasa / Subject to change