Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

 

HEBAHAN PEMBUKAAN PERMOHONAN PENUBUHAN SYARIKAT PEMULA (START-UP) DAN SYARIKAT TERBITAN (SPIN-OFF) (SUSO) TAHUN 2025
 
Salam hormat dan selamat sejahtera,
 
YBhg. Datuk, Dato’, Datin, Prof., Prof. Madya, Dr., Tuan dan Puan.
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
02.   Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Penubuhan SYARIKAT PEMULA (START-UP) DAN SYARIKAT TERBITAN (SPIN-OFF) (SUSO) telah dibuka kepada warga UMS seperti butiran berikut:
 
Tempoh Permohonan       :21 Januari 2025 – 28 Februari 2025
 
03.   Permohonan ini adalah terbuka kepada semua warga UMS yang berkelayakkan. Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk, Dato’, Datin,  Prof., Prof. Madya, Dr., Tuan dan Puan, boleh mengakses atau muat turun BORANG PERMOHONAN pada pautan berikut: https://bit.ly/3Way13z atau dengan mengimbas QR pada poster hebahan. 
 
04.   Untuk sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan En. Mohd. Aiddy Suffian Abd Rashid di talian 013-5810910 @ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau En. Mixsius Sumpongul di talian 011-51454370 @ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Perhatian dan Kerjasama daripada YBhg. Datuk, Dato’, Datin, Prof., Prof. Madya, Dr., Tuan dan Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
 
Sekian.
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal 

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,

 
KURSUS KOMPETENSI HALAL
 
YBhg. Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan, Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH), FSMP, UMS akan mengadakan Kursus Kompetensi Halal pada 13 Februari 2025. Dilampirkan poster kursus untuk rujukan selanjutnya.
 
Sekiranya berminat, YBhg. Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan boleh mendaftarkan diri dengan mengimbas QR Kod yang dilampirkan dalam poster atau mengisi borang melalui pautan yang disediakan (Pautan: https://forms.office.com/r/wVDgsYh0jP)
 
Apakah keperluan kursus ini untuk industri halal? Merujuk kepada Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020;
✅ Latihan Kompetensi Halal hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun sekali kepada semua ahli Jawatankuasa Halal Dalaman yang dilantik secara rasmi oleh pihak pengurusan tertinggi syarikat.
 
Untuk mengetahui lebih lanjut program anjuran PPPH, klik pautan berikut: 
atau
Hubungi 0149323152 (Pn. Nurshada)
 
Sekian, terima kasih.