Pengumuman Daripada: Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB)

 

 

Institut Penyelidikan Marin Borneo dengan Kerjasama World Wild Fund for Nature (WWF- Malaysia) akan mengadakan Bengkel "Sustainable Aquaculture Practices 2025" pada 25-26 Februari 2025 (Selasa - Rabu).

 

Promosi istimewa 𝗬𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 hanya serendah RM300.00 sahaja.

 

Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi Pn Deidre di talian 0167733889.

 

Pautan borang pendaftaran:

https://shorturl.at/saKBo

 

Tarikh tutup pendaftaran: 20 Februari 2025 (Khamis).

 

𝙏𝙚𝙢𝙥𝙖𝙩 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙩𝙚𝙧𝙝𝙖𝙙 kepada 20 orang sahaja, jangan lepaskan peluang ini!

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

 

 

Dimaklumkan bahawa Tempoh Penilaian PPP, PPK dan PEER bagi LNPT Kakitangan Akademik dan Pentadbiran adalah seperti berikut;

 

Penilaian PPP: 16 Jan - 31 Jan 2025

Penilaian PPK: 1 Feb - 15 Feb 2025

Penilaian PEER: 1 Feb - 15 Feb 2025

 

Sehubungan itu, PPP dan PPK adalah diminta untuk membuat penilaian berdasarkan kepada Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia (Lampiran A2) perkara 20 (vii) dan (viii).

 

(vii)

“Pegawai Penilai Pertama dikehendaki membuat penilaian dan ulasan mengenai prestasi PYD setelah membincangkannya dengan PYD serta membuat perakuan yang sesuai dengan menggunakan borang LNPT yang berkenaan. Borang LNPT yang telah diisi oleh PPP hendaklah dihantar kepada PPK melalui urusetia; dan

 

(viii)

Pegawai Penilai Kedua (PPK) juga dikehendaki membuat penilaian prestasi PYD selepas Pegawai Penilai Pertama (PPP) membuat penilaiannya. Sekiranya terdapat perbezaan penilaian yang ketara, khususnya yang menyebabkan markah keseluruhan (purata) jatuh ke tahap yang tidak memuaskan, PPK hendaklah menyatakan alasan perbezaan itu dan memaklumkannya kepada PYD.”

 

Pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia berharap agar semua PPP dan PPK dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebagaimana yang dinyatakan seperti di atas.

 

Kerjasama semua amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Sektor Prestasi dan Psikologi

💻📨 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

📝📲 0168917313 / 0168065272 / 0168446578

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan 

 

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

 
Dengan segala hormatnya YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dijemput untuk menghadiri sesi taklimat mengenai Garis Panduan Dana Pengkomersialan yang akan disampaikan oleh Profesor Dr. Jidon Janaun, Pengarah Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP), Universiti Malaysia Sabah.
 
Butiran Sesi Taklimat adalah seperti ketetapan berikut:
 
🗓️ 22 Januari 2025 (Rabu)
🕒2:30pm - 4:30pm
📌 Atas talian (Webex): https://tinyurl.com/2p8bzpjb 
✅Mata IDP akan diberikan.
 
Sekian, terima kasih.