Pengumuman Daripada: Fakulti Pengajian Islam

 

 

JEMPUTAN MENGHADIRI SEMINAR KEBANGSAAN HAFAZAN AL-QURAN (TIPS-Q) & PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PROFESOR ADJUNG FAKULTI PENGAJIAN ISLAM (FIS) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.        Sukacita dimaklumkan, Universiti Malaysia Sabah melalui Fakulti Pengajian Islam (FIS) dan Pusat Islam UMS akan menganjurkan majlis tersebut di atas bagi meneliti pelbagai pendekatan pendidikan dalam hafazan Al-Quran yang dapat membantu pelajar meningkatkan keupayaan mereka. Majlis ini juga akan menyampaikan watikah pelantikan Profesor Adjung FIS kepada Habib Ali Zeanal Abidin Al-Hamid sebagai pakar dan tokoh agama yang akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan beliau melalui syarahan dan sesi dialog.
 
3.        Sehubungan dengan itu, kami berbesar hati menjemput YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menyertai seminar dan dan penyampaian watikah tersebut di atas seperti dalam ketetapan berikut;
 
Tarikh           :  21 Oktober 2024 (Isnin)
Masa            :  7.30 Pagi
Tempat         :  Pusat Islam dan facebook rasmi Pusat Islam UMS
 
4.        Bersama dengan ini, dilampirkan tentatif majlis untuk rujukanYBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi Ustaz Md. Razali Saibin di talian 013-543 0833.
 
Perhatian dan penyertaan YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam seminar ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

JEMPUTAN KE MAJLIS CERAMAH PERDANA SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 1446H/2024M
 
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
 
2.    Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Islam UMS akan mengadakan Majlis Ceramah Perdana Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Universiti Malaysia Sabah Bagi Tahun 1446H/2024M pada ketetapan seperti berikut:
 
            Tarikh      : 18 Oktober 2024(Jumaat)
             Masa        : 9.00 pagi sehingga 11.30 pagi
            Tempat     : Dewan Seminar Pusat Islam UMS
 
3.    Sehubungan itu, pihak kami dengan sukacitanya menjemput YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan  dan pelajar dibawah seliaan YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan ke majlis tersebut. Bersama-sama dengan ini dilampirkan atur cara majlis untuk rujukan dan tindakan YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan selanjutnya.
 
Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal 

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,
 
Tuan-tuan dan puan-puan,
 
Pihak Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH) menjemput tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk menghadiri Kursus Latihan Pengendali Makanan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 26 Oktober 2024 (Sabtu)
 
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari (Secara dalam talian)
 
Bagi yang berminat boleh mengimbas QR Kod yang dilampirkan atau mengisi borang di pautan yang disediakan.
 
Pautan Borang Pendaftaran Kursus Latihan Pengendali Makanan SLPM UMS 2024: 
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

📣 Jom datang ramai-ramai, kita meriahkan lagi Tamu ❤️Ilmu @Mylibrary sempena Majlis Konvokesyen UMS tahun 2024 kali ke-26 bermula pada :
 
🗓️ 07 Oktober - 01 Disember 2024
🕒 8.30 pagi - 8.00 malam
🏢 Perkarangan Bangunan Jabatan Perpustakaan UMS
 
✅ Lebih 30 vendor berniaga bersama kami !!!
 
Jumpa anda disana!🥰