Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar
Subjek: Makluman Audit Dalam Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
 
YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,
                                                    
MAKLUMAN AUDIT DALAM EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 

2.       Seperti yang pihak YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan sedia maklum, Universiti Malaysia Sabah telah mendapat sijil pengiktirafan EKSA Kategori Cemerlang berkuat kuasa pada 01 Disember 2017 hingga 30 November 2019.

 

3.       Sehubungan itu, Jawatankuasa Audit EKSA Universiti akan mengadakan Audit Dalam EKSA pada 26 – 29 Mac 2018. Program ini bertujuan memantau pengekalan amalan EKSA di Universiti.

           

4.       Maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh menghubungi Puan Norazah Hamzah di sambungan 1505.

 
Segala perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.
 
Yang ikhlas,
 
SAMSUIDIN NURDIN
Ketua
Sektor Pembangunan Sumber Manusia
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Merangkap Ketua Kluster EKSA UMS
b.p. Pendaftar
 
Lampiran (.pdf)

Pengumuman daripada: Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI)
Pegawai Dihubungi: Urus Setia Penyelidikan, samb; 613825/613808/613802
Subjek: Pembukaan untuk Permohonan Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat) Fasa 1/2018 Secara atas talian melalui Sistem Maklumat Penyelidikan
 
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, permohonan untuk Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat) Fasa 1/2018 telahpun dibuka bermula pada 24 Februari 2018 sehingga 16 Mac 2018.
 
Sehubungan itu, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan masing-masing melalui Sistem Maklumat Penyelidikan iaitu di http://ppi.ums.edu.my/SMPPPI/default.aspx.
 
Disertakan bersama ini Garis Panduan UMSGreat untuk rujukan dan perhatian pihak Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pihak Urus Setia (u.p.: Pn. Zainoriah Matnoor/Cik Ruzita Mohammad) bolehlah dihubungi di talian telefon (samb.) 613808/613825.
 
Sekian, terima kasih.