Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

KEMPEN INFAK HELWA 
Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS)
 
Mari bersama-sama menyemarakkan amalan infak berterusan bagi menyokong pelaksanaan Kelas Mengaji HELWA serta aktiviti dakwah di bawah Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS).
 
Sumbangan yang disalurkan akan dimanfaatkan untuk:
📘 Kelas Mengaji Kakitangan UMS & Orang Awam
🎓 Kelas Mengaji Pelajar UMS
📖 Bengkel / Kelas Tajwid
👥 Program Pembangunan Kemahiran Wanita
🤍 Program Kerohanian Wanita
🕌 Program Tadarus & Majlis Khatam Al-Quran
📖 Pembelian Al-Quran, Iqra’, buku tajwid dan rehal
 
📲 Cara Menyumbang (e-Payment):
 
1. Layari pautan:
 
2. Klik Bayaran Pusat Islam UMS
3. Pilih Bayaran Helwa Pusat Islam UMS
4. Pilih Infak HELWA dan isikan maklumat
5. Pilih kaedah bayaran FPX atau Kad Kredit
 
💳 Sumbangan Pantas:
Imbas Kod QR yang tertera pada poster
 
📌 Sabda Nabi Muhammad SAW:
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”
(Riwayat Tirmidzi)
 
📞 Hotline Pusat Islam UMS:
☎️ 088-3206
 
#InfakHELWA
#PusatIslamUMS
#UMSshare
#SedekahJariah

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Perhutanan Tropika

 

Fakulti Perhutanan Tropika ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan kepercayaan YBhg. Prof./YBrs. Dr./Tuan/Puan terhadap perkhidmatan kami.
 
Bagi tujuan penambahbaikan berterusan dan dalam usaha memberikan perkhidmatan yang lebih baik, pihak kami sedang menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan. Justeru itu, kami amat menghargai sekiranya YBhg. Prof./YBrs. Dr./Tuan/Puan dapat meluangkan sedikit masa untuk mengisi soal selidik ini.
 
Soal selidik Kajian Kepuasan Pelanggan boleh diakses melalui imbasan kod QR yang tertera di poster atau melalui pautan berikut: 
 
Rating E-Kaunter boleh diakses melalui imbasan kod QR yang tertera di poster atau melalui pautan berikut:
 
Segala maklum balas yang diterima akan digunakan sebagai asas penting dalam menambah baik mutu dan keberkesanan perkhidmatan kami.
 
Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof./YBrs. Dr./Tuan/Puan amat kami hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

KEMPEN INFAK DAPUR RAHMAH 
Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS)
 
Mari bersama-sama menyemarakkan amalan infak dengan menyumbang melalui potongan gaji HR Online bagi menyokong Dapur Rahmah Pusat Islam UMS.
Sumbangan anda akan digunakan untuk:
* Program iftar (berbuka puasa) sepanjang bulan Ramadan
* Iftar Isnin & Khamis
* Kupon dan pek makanan percuma aktiviti masjid
* Sarapan pagi percuma setiap Jumaat & Minggu
* Pek makanan percuma Infak Anjung Rahmah
 
📖 Sabda Nabi SAW:
“Sedekah itu memadamkan dosa seperti air memadamkan api.”
(Riwayat At-Tirmizi)
 
📲 Cara Menyertai:
HR Online v4.0 → Menu → Pusat Islam UMS → Infak → Infak Dapur Rahmah
 
📞 Hotline Pusat Islam UMS
☎️ 088-320626
 
 Semoga setiap infak menjadi saham akhirat dan membawa keberkatan buat kita semua.
 
#InfakDapurRahmah
#UMSBrainOfBorneo
#UMSshare
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan OKU

 

Assalamualaikum dan salam sehjahtera,
 
YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk mengisi Kajian Kepuasan Pelanggan Pusat Pengurusan OKU (PPOKU), Universiti Malaysia Sabah bagi tempoh Januari hingga Februari 2026 melalui pautan https://erespon.ums.edu.my/kaunter/kepuasan_pelanggan?jafpib=PPOKU&id=211 atau melalui kod QR yang tertera. Maklum balas anda amat kami hargai untuk menambah baik kualiti perkhidmatan kami.
 
Sekian, terima kasih.